4 Mitos Berbahaya Mengenai Diabetis

Diabetes wordcloudBerikut adalah beberapa mitos tentang penyakit diabetes yang berbahaya bagi kesihatan. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini, akan membantu anda mencegah penyakit ini.

1. Mitos paling berbahaya adalah keyakinan bahawa diabetes bukanlah penyakit yang serius.

An alarming 3.6 million adults are estimated to be affected by diabetes in Malaysia, according to the Obesity Prevention Council President, Jong Koi Chong, The Star

Menurut American Diabetes Association “Penyakit diabetes telah membunuh lebih banyak orang Amerika setiap tahunnya dibanding gabungan AIDS dan kanser payudara.” Selain itu penyakit diabetes dapat mendorong kepada terjadinya serangan jantung, stroke, kebutaan, dan amputasi. Jadi, jangan memandang ringan kepada penyakit ini. Didik diri anda dengan mencari pengetahuan tentang penyakit diabetes sebanyak mungkin dan tanya doktor anda tentang hal-hal spesifik yang dapat anda lakukan untuk menghindari hal tersebut, kerana ada banyak langkah pencegahan yang dapat anda lakukan.

2. Jika anda tidak mengalami simptom diabetis maka anda tidak perlu risau.

Jangan terlamat apabila anda hanya mengetahui menderita penyakit diabetes ketika anda mulai merasakan gejalanya. Hal ini tidaklah benar, kerana hanya sedikit atau tidak ada langsung simptom sama sekali ketika penyakit ini mulai berkembang. Banyak orang lambat menyedari mereka telah menghidapi penyakit diabetes. Jika anda menunggu untuk merasakan gejalanya ini terlebih dahulu, mungkin pada saat itu penyakit ini telah di tahap serius. Pemeriksaan kesihatan secara teratur adalah salah satu kaedah untuk mengatasi permasalahan ini.

3. Anda harus melakukan diet khusus jika anda menghidap penyakit diabetes. 

Banyak yang menganggap bahawa ini adalah fakta. Namun ini tidak bererti bahawa anda harus makan makanan diet khusus sekiranya menghidapi diabetis. Apa yang perlu anda lakukan adalah anda makan makanan yang sihat, sama seperti makanan yang diambil semua orang sihat lain yakni diet dengan banyak buah-buahan dan sayuran, biji-bijian, serta jumlah gula dan lemak yang sedikit. Mitos bahawa anda tidak dapat mengambil gula langsung salah sama sekali. Penderita penyakit diabetes tetap dapat menikmati kemanisan yang dia inginkan. Cuma kadar pengambilan yang perlu dikawal.

4. Mitos terakhir adalah pesakit diabetes tidak boleh bersenam atau bersukan.

Ini juga mitos lain yang tidak benar dan jesteru dapat memburukkan lagi keadaan orang-orang yang tidak mengetahuinya. Senaman penting bagi kita semua, dan bahkan lebih penting untuk penderita diabetes kerana dapat mengurangkan risiko. Senaman teratur membantu menurunkan kadar gula dalam darah. Banyak bukti bahawa senaman dan sukan telah membuat penghidap penyakit diabetes beransur pulih. Disamping itu mereka juga akan merasakan manfaat lainnya dari berolahraga, iaitu lebih bertenaga dan mengurangkan stres.

- Mencegah lebih baik daripada mengubati -

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge