Alahai comelnya

This slideshow requires JavaScript.

Maha Suci Allah. Indahnya ciptaan Allah S.W.T.

Aku terjumpa gambar-gambar bayi comel ni sebab isteri minta aku carikan gambar baby comel. Nak buat wallpaper komputer kat tempat kerja katanya.

Senang je. Encik Google sedia membantu. 3 saat je jumpa. Kebetulan Mashable baru keluarkan artikel ni. Selambak dia bagi koleksi album ha. Memang ralit aku tengok gambar-gambar baby ni. Hehe.

Bayi, toddler atau si kecil boleh dijadikan tempat untuk melepaskan stress dan tekanan. Sebab kalau tengah tension, cubalah main-main dengan si comel. InsyaAllah akan reda kekusutan dalam hati tu.

Kenapa muka bayi dan kanak-kanak semuanya nampak comel? Padahal bila besar nanti, diorang belum tentu jadi ‘comel’ jugak macam masa diorang kecik-kecik. Macam aku ni. Dari kecil sampai besar comel (jangan muntah).

Sebabnya kanak-kanak tak ada dosa macam kita ni. Bila hati dan jiwa masih suci bersih, muka pun nampak comel je dan sedap mata memandang. Damai saja melihat. Rasa hilang semua masalah melihat muka si kecil yang suci tu.

Macam mana pula dengan kita yang dah besar panjang ni? Macamana nak jadi comel macam baby?

Kita kena lah bersihkan hati dari karat-karat DOSA. Supaya jiwa kita sesuci seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia. Cukupkan amal, lengkapkan ibadat. Kalau hati tak bersih, banyak dosa, dan tak bertaubat, orang pun serabut tengok muka kita, apa lagi diri sendiri.

Semoga anak aku yang bakal dilahirkan nanti sihat walafiat dengan izin Allah S.W.T.

220 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge