Bas ekspress: sikap dan nahas

lebuhraya

Mujur tidak berbunyi, malang tidak berbau

Peribahasa ini membawa maksud nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari. Perkara yang sama turut berlaku melibatkan beberapa insiden nahas jalan raya di negara kita kebelakangan ini. Belum habis kisah pencarian pesawat MH370 bertambah lagi kisah pilu untuk ditatap rakyat Malaysia. Nauzubillah.

Insiden kemalangan yang membabitkan bas ekspress aku perhatikan seperti bermusim pula. Dalam bulan April ini sahaja sudah dua cerita kemalangan maut melibatkan bas ekspress yang kita baca di dada akhbar.

Jadi seriau pula aku nak menggunakan khidmat bas ekspress lepas ini. Memanglah jimat tapi kalau apa-apa terjadi ke laut lah alasan berjimat tu. Naik kereta api pun berjimat. Bagi aku pulang dengan kereta api Insya-Allah bebas risiko kemalangan. Tapi bila aku nak beli tiket habis pula. Memang tak pernah aku berjaya beli tiket jika mahu pulang dalam minggu yang sama dengan tarikh aku tercongok di kaunter KTM.

Teringat pada status mengutuk kesalahan pemandu bas yang aku baca di Facebook tempohari. Kita tidak sepatutnya mengeji kesalahan orang lain macam tu. Salah atau tidak, orang itu sendiri perlu jawab dengan Tuhan; bukan dengan kita. Dan bukan pilihan pemandu tersebut untuk menamatkan nyawa penumpangnya. Kekalkan budi pekerti kita apabila berhadapan perkara sebegini.

Bila difikirkan balik, bukan kemalangan bas ekspress sahaja yang paling klise di jalan raya. Kenderaan lain juga boleh kemalangan. Malah kereta yang aku pandu pun pernah kemalangan kecil. Mujur tiada yang cedera melainkan dompet aku.

Selalunya waktu malam dan lewat pagi jadi pilihan aku untuk bergerak ke destinasi jauh contohnya balik kampung. Majoritinya kenderaan yang memintas aku pada waktu begini adalah bas ekspress dan kereta mewah. Kadang-kadang kereta aku terasa bergoyang saat dipintas bas. Memang mereka raja lebuhraya di waktu begini. Berdesup perginya. Kalau nak kejar balik memang tak dapat lah.

Tapi apakah mungkin halaju bas yang memotong kereta aku itu hanya dipandu sekadar 90 km/jam sedangkan aku sendiri memandu sekitar 110km/jam. Berbezakah jarum penunjuk kelajuan bas dan kereta? Kenapa berani betul pemandu bas memecut di waktu malam. Adakah kerana lebuh raya kurang penguna pada waktu ini jadi senang untuk memecut. Mungkin ini salah satu faktor.

Pelbagai langkah yang telah diambil pihak kerajaan termasuklah SPAD menambah syarat-syarat ekstra dalam permohonan lesen bas ekspress namun nahas tetap tidak dapat dielakkan. Kita kenangkan kembali peristiwa kemalangan yang melibatkan bas ekspress sejak tahun 2007 :

13 Ogos 2007 – KM229 Lebuhraya Utara Selatan – 20 maut

7 Dis 2008 – KM146.5 Lebuhraya Utara Selatan – 10 maut

13 April 2009 – KM443 Lebuhraya Utara Selatan – 1 maut

28 Dis 2009 – KM272.8 Lebuhraya Utara Selatan – 10 maut

21 Dis 2010 РKM15 Jalan Cameron Highland-Simpang Pulai Р27 maut

21 Ogos 2013 – KM3.5 Jalan Genting Highland Kuala Lumpur – 37 maut

12 Apr 2014 РKM11 Jalan Bentong-Raub Р3 maut

20 Apr 2014 – KM70 Jalan Kuantan Segamat – 1 maut

(Nama pengusaha bas ekspress tidak dinyatakan bagi menghormati perniagaan dan rezeki orang)

Memang payah untuk menerapkan sikap pemanduan berhemah kepada sesiapa saja yang memandu di Malaysia temasuk pemandu bas ekspress. Dalam hal ini diharap SPAD akan terus berusaha memikirkah kaedah yang berkesan untuk mengawal cara pemanduan pengangkutan awam di Malaysia. Tambahlah syarat selagi boleh. Siasatlah sedalam mana pun. Usahakanlah apa sahaja agar statistik maut di jalanraya dapat dikurangkan.

Klik untuk melihat ⇒ Pekeliling LPKP

  • http://www.emarieys.com/ Ema

    kemalangan melibatkan bas macam berantai..selang sehari dua jer terjadi lagi kemalangan bas ni.kebanyakkan pemandu bas cuai.

    • http://azlanvai.com/ azlanvai

      Kadang-kadang mungkin ada masalah teknikal dengan bas tu sendiri..

      Bayangkan la dalam semunggu berapa trip bas tu jalan..

  • cahayaair

    Perasan tak yang media Malaysia..nie suka buat berita bermusim..bila satu-satu benda berlaku..habis satu Malaya dicari..janji ada cerita yang sama macam yang berlaku..huhu

    • http://azlanvai.com/ azlanvai

      Hm boleh jadi jugak kemungkinan ni.. suluh spotlight pada satu-satu isu dalam tempoh tertentu.. maka jadi sensasi.. terus trending..

  • http://mazaaida.blogspot.com maza

    Betul tu.. adakalanya bukan kita tidak mahu menggunakan kemudahan awam dan menyokong langkah2 kerajaan dalam membendung masalah trafik serta ekonomi sendiri.

    Namun untuk memenuhi seruan itu sendiri keadaan persekitarannya tidak kondusif. Bahkan adakalanya lebih jimat dengan menaiki kereta atau motor sendiri ke tempat kerja atau pulang ke kampung, terutamanya apabila tiba musim perayaan.

    Tambahan pula dengan kejadian kemalangan yg melibatkan bas ekspress, menyebabkan maza agak terencat selera hendak menggunakan perkhidmatan itu. huhuhu

    • http://azlanvai.com/ azlanvai

      Waktu beli tiket saja kita dah tertekan dengan ulat-ulat yang meraih pelanggan.. Baru berjalan belum sampai kaunter dah dipaksa beli tiket kononnya bas dah ada..

  • http://onlajer.com/ onlajer

    tak habis – habis kes excident bas ekspress ini

  • http://www.ringantangan.com Amirul Faiz Abd. Razak

    Sikap, ataupun nama lainnya adab, atau akhlak. Biarlah berakhlak di atas jalan raya.

    • http://azlanvai.com/blog/ Azlan Halim

      Behavior..

    • http://azlanvai.com/ azlanvai

      Behavior..