Berakhirnya Drama How I Met Your Mother

Assalam

Pernah dengar petikan ini?

It’s gonna be LEGEND.. wait for it.. ..DARY!

Anda kenal siapa Barney Stinson? Neil Patrick Harris? Kalau tak kenal maka memang anda tak pernah layan siri drama How I Met Your Mother.

How I Met Your Mother

Siri drama How I Met Your Mother (#HIMYM) ni dah ditayangkan di channel CBS (USA) dan Starworld Asia (Astro Malaysia) sejak 8 tahun lalu. Dan aku tak pernah miss walau satu pun episod dari nya. Nampak tak, memang dasar peminat tegar kan. Hehe.

Dan malam tadi disiarkan Season Finale of HIMYM di kaca TV. Aku baru je tengok tadi. Selepas download kat EZTV. Shh..

Lazada Malaysia

Akhirnya setelah 9 musim tayangan, tamat juga siri ini. Memang twisted dan sedih pengakhirannya. Episod terakhir ‘Last Forever’ ini merungkai persoalan dan menutup siri HIMYM dengan baik sekali.

HIMYM mengisahkan tentang kehidupan Ted Mosby dan empat orang rakan baiknya di kota New York. Di mana Ted menyampaikan cerita kepada dua orang anaknya bagaimana beliau boleh bertemu dengan ibu mereka. Selepas lapan tahun bercerita, baru anak-anak dia dapat jawapan siapa ibu mereka yang sebenar. Kalau aku jadi anak dia memang bernanah telinga.

Kepada rakan peminat siri HIMYM sekalian, ingat tak teori gila di Internet ketika akhir musim kononnya isteri Ted telah meninggal dunia semasa dia menyampaikan cerita tersebut kepada anak-anaknya? Dulunya teori ini memang kelihatan seperti jenaka yang bagi kita. Dia benar-benar telah meninggal dunia! Tettttt. Spoiler alert. Hahaha.

Cukup la aku cerita sikit ya. Sebab di Malaysia belum ditayangkan episod akhir ni.

Hm series drama apa pulak aku nak layan lepas ni ya.

412 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam