Berfikir di luar kotak

berfikir-di-luar-kotak

Berfikir di luar kotak adalah cara berfikir di luar batasan masalah yang ada ataupun cara berfikir dengan menggunakan perspektif yang baru. Maksud kotak dalam hal ini adalah perumpamaan pembatasan diri seseorang pada saat melihat suatu permasalahan.

Bayangkan jika korang sedang memandu kereta di sebuah jalan di dalam kereta anda pada satu malam yang sepi, apabila melepasi sebuah perhentian bas dan korang nampak tiga orang tengah tunggu bas:

1. Seorang wanita tua yang sedang sakit tenat

2. Seorang kawan lama yang pernah menyelamatkan nyawa anda.

3. Pasangan idaman korang selama ini.

Dalam situasi ini, bolehkah korang pilih siapa yang akan korang tumpangkan. Di mana hanya boleh jadi SEORANG SAHAJA penumpang di dalam kereta korang dalam satu masa..

Ini ialah sebuah moral / dilema dalam etika yang pernah digunakan sebagai sebahagian daripada satu soalan temuduga pekerjaan di USA.

Korang boleh tumpangkan wanita tua, sebab dia sedang tenat , dan oleh itu korang sepatutnya menyelamatkan dia dulu.

Atau boleh tumpangkan kawan lama kerana dia pernah menyelamatkan nyawa korang. Dan ini boleh jadi peluang yang terbaik untuk membalas jasa.

Bagaimanapun, korang tidak mahu terlepas peluang meluangkan masa dengan pasangan idaman korang. Dah lama tunggu chance kot.

Calon yang diuji (daripada 200 pemohon) tidak mempunyai masalah dalam memberi jawapan. Ramai yang mejawab menjawab: “Saya akan menghulurkan kunci kereta kepada kawan lama saya dan memintanya membawa wanita itu ke hospital itu. Saya akan tinggal berada di situ dengan insan idaman hati saya.”

Jangan lupa untuk “Berfikir di luar kotak”…

..

.

Jawapan yang paling betul ialah utamakan wanita tua dengan menghantarnya terlebih dahulu ke hospital, kemudian kembali ke perhentian bas lalu meluangkan masa dengan teman idaman korang. Akhir sekali dah setel semua boleh lepak minum dengan kawan lama.

228 total views, 18 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam