Berhenti sekarang.. Jangan bergerak!

Tiada siapa yang mampu berpatah balik ke masa lampau. Laci mesin masa Doraemon hanya mitos. Tapi semua orang mampu memulakan sesuatu dan berhak memperolehi ‘happy ending’.

Namun jika korang ingin bertranformasi, berhenti lakukan beberapa perkara yang mampu memburukkan keadaan dan menggagalkan perancangan.

Dan ingat, bukan kenderaan saja ada ‘brake’.. Manusia pun boleh ooopppps…

Gagal merancang ialah merancang kegagalan..

hentikannya-sekarang

Di sini adalah beberapa idea tentang perkara yang patut korang hentikan mulai sekarang…

1. Behenti meluangkan masa dengan orang yang salah

Orang yang salah maksud aku di sini bukanlah orang yang dijatuhkan hukuman atas kesalahan ya. Maksud aku orang yang tidak sesuai kita bergaul. Masa yang kita ada di dunia ini terlalu singkat. Jangan bazirkannya dengan berkawan dengan orang yang tidak patut korang kawan.

Bukan disuruh memilih kawan di sini. Tapi fikirkanlah kesejahteraan diri sendiri. Pilihlah sahabat yang betul. Yang merhargai, membantu dan membahagiakan korang.

2. Berhenti melarikan diri daripada masalah

Hadapi masalah korang. Ya, memang lah susah. Tiada makhluk di atas muka bumi ini  yang tidak ditimpa masalah. Kucing ada masalah. Ikan paus ada masalah. Lembu pun ada masalah.

Semua orang tak mampu tepis kalau terima seribu tumbukan. Kita tak perlu menjadi mampu menyelesaikan masalah secara berterusan. Itu resmi manusia. Malahan, kita dicipta dengan perasaan kecewa, sedih, marah dan hampa. Inilah tujuan kehidupan – untuk menghadapi masalah, belajar, menyesuaikan diri, dan menyelesaikannya dari masa ke semasa.

Masalah lah yang membina siapa diri kita hari ini.

3. Berhenti menipu diri sendiri

Korang boleh menipu orang lain, tetapi tidak pada Allah S.W.T dan diri sendiri. Hidup kita berkembang apabila kita mencuba, dan cubaan yang paling besar ialah untuk jujur dengan diri sendiri.

4. Berhenti mengabaikan keutamaan diri sendiri

Ya, kita boleh tolong orang; tapi sila tolong diri sendiri dulu.

Asyik nak penuhi keperluan orang saja, tapi kehendak diri sendiri terabai..

5. Berhenti menjadi orang lain

Salah satu cabaran terbesar dalam hidup kita adalah keinginan mencuba untuk menjadi seperti orang lain. Seseorang akan selalu cuba jadi lebih cantik, cuba jadi lebih bijak, cuba jadi muda, tetapi takkan menjadi. Jangan mengubah siapa diri kita yang sebenarnya.

6. Berhenti menyesali masa lalu

Teladan untuk dipelajari. Bukan untuk disesali. Korang tak boleh memulakan episod bar dalam hidup jika asyik mengenang masa lampau.

7. Berhenti merasa takut tersilap langkah

10 kali tersilap dalam melakukan sesuatu adalah lebih produktif daripada tidak melakukan apa-apa. Setiap kejayaan yang dikecapi dibina daripada beberapa kejatuhan. Kita akan lebih menyesal jika tidak pernah mencuba.

8. Berhenti menyalahkan diri sendiri kerana kesilapan lalu

Semua orang ada pernah buat silap. Tapi siapa diri kita bukan dinilai daripada kesilapan kita. Tidak kira berapa buruk suatu keadaan kepada kita, satu perkara yang pasti adalah kesilapan mengajar kita menjadi insan yang lebih baik. Kita boleh pilih mana satu yang betul dan tolak apa yang salah.

Setiap dugaan yang berlaku membantu kita bersedia untuk masa depan.

9. Berhenti mencuba beli kebahagian

Banyak perkara yang kita inginkan perlu dibayar dengan not RM. Tapi hakikatnya, perkara yang memuaskan hati kita sebenarnya memang percuma; cinta, ketawa, kedamaian dan keluarga.

Tak payah susah-susah korang nak beli semua ni. Semuanya dah tersedia buat kita. Kecapinya..

10. Berhenti mengharapkan orang lain untuk kebahagiaan diri sendiri

Kalau korang tidak gembira dengan yang korang miliki, korang tidak akan pernah bahagia. Kita perlu cipta kestabilan dalam kehidupan sendiri mula sebelum boleh berkongsi dengan orang lain

11. Berhenti duduk saja

Jangan terlampau berfikir panjang sebelum memulakan sesuatu. Nilaikan situasi secara bijak dan terus bertindak. Memajukan diri memang melibatkan risiko.

Nak bakar mancis pon ada risiko melecur jari. Tapi berani pulak kita buat kan..

12. Berhenti mengatakan belum bersedia

Tiada siapa boleh merasakan dirinya 100% bersedia apabila peluang menjelma. Peluang datang bukan selalu, dan bukan jugak boleh tunggu kita. Jadi mau tunggu apa lagi. Balun la..

13. Berhenti jadi terlalu risau

Kebimbangan yang berlebihan boleh buat kita paranoid, fobia dan trauma. Mengarut semua ni. Semua benda nak risau apa pun tak boleh jadi nanti.

14. Berhenti cuba meyaingi pencapaian orang lain

Jangan risau tentang mereka yang lebih bagus pencapaiannya daripada anda. Setiap orang Tuhan dan tentukan rezekinya masing-masing. Usaha diorang lebih, maka dapat lebih la..

Tumpukan untuk mengatasi rekod diri sendiri dulu. Jangan nak heran sangan hal orang lain. Kejayaan adalah pertandingan dalan diri kita sahaja.

15. Berhenti dengki

Kedengkian adalah seni membandingkan nikmat yang orang lain terima. Sedangkan apa yang ada pada diri sendiri, tak kurang banyaknya.

Tanya pada diri korang sendiri: “Apa yang aku ada tapi orang tak ada..?” Banyak kan.. Jadi berlajarlah bersyukur dengan apa yang kita miliki. Jangan sampai kufur nikmat.

16. Berhenti merungut

Apa pun dugaan, apa pun cabaran.. Senyumlah..

Biar semua orang tahu bahawa hari ini korang jauh lebih kuat daripada semalam..

17. Berhenti mencari kesempurnaan

Dunia sebenar tidak memberi ganjaran kepada penggemar kesempurnaan. Tapi ia memberi anugerah kepada orang yang berusaha mencapai matlamat.

199 total views, 2 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge