Mengapa Produk Apple terlajak laris

apple-vs-android-vs-windows

Apple, walaupun bilangan penggunanya jauh lebih rendah berbanding dengan Windows, namun Apple jelas masih menggegarkan dunia IT dengan produk-produk yang inovatif dan kreatif. Keberkesanan Apple melahirkan produk-produk menarik di pasaran dunia meninggalkan kesan begitu viral dalam komuniti perniagaan, mahu pun pelanggan individu. Aku adalah salah seorang pengguna setia Android. Sejak telefon pintar diperkenalkan di Malaysia Android menjadi pilihan aku selepas Symbian. Dah banyak peranti aku guna sejak bertahun dulu dan aku masih setia dengan Android. Ini terbukti dengan wujudnya … [Read more...]

Kisah Mat Jenin, Lebai Malang dan JKKK Kampung Sangor

mat-jenin

Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa. Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin ternampak akan aktiviti ketua kampungnya iaitu Lebai Malang. Terdengar pula olehnya perbualan Lebai Malang dengan seorang individu yang tidak dikenalinya. Gaya lagak macam saudagar unta saja tilik si Jenin. Mat Jenin mula mengesyaki Lebai Malang melakukan perbuatan curang dan melanggar integriti sebagai seorang Ketua Kampung. Dari mana Mat Jenin belajar perkataan 'integriti' entah lah. Mungkin Amran FANS yang ajar … [Read more...]

Jagalah aib kita dan orang lain

aib

Mari sebentar kita sama-sama muhasabah diri. Zoom in zoom out agar sebolehnya nampak semua perspektif. Aib. Satu perkataan yang mudah disebut. Kita dilarang mencari aib, membuka aib dan menceritakan aib orang lain. Kita kini hidup dalam keadaan sick society. Yang mana masyarakat dahagakan perkara yang kontroversi, yang sensasi. Menyalahkan, mengutuk dan menghina jadi rutin yang biasa kepada kebanyakan kita. Lalu mensensasikan aib orang memberi kepuasan dan dikira kejayaan. Siapa tau dulu, dia power. Siapa share dulu dia hebat. You are the winner of Mr Share Everything Viral … [Read more...]

Marhaban ya Ramadhan

salam-ramadhan.jpg

Ramadhan menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Tarikh untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam mula berpuasa telah pun diisytiharkan pada hari Ahad - 29 Jun 2014. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tahun 1435H ini adalah … [Read more...]

Aku dan denggi

DENGUE

Dah seminggu lebih aku tak menaip di sini. Sebelum ni aku memang sibuk. Masih menyesuaikan diri nak agihkan masa lepas mula kerja tempat baru ni. Mana taknya, balik kerja saja pukul 10 malam. Malas rasanya aku nak menjengah bilik komputer ni. Lebih baik aku gunakan masa yang sempit tu untuk berbual mesra dengan isteri. Bila dah tak berapa sibuk,aku pulak tak terdaya nak ke meja komputer. Tak ada tenaga. Aku terbaring saja di katil. Sebenarnya aku tak berapa sihat. Demam... Waktu aku taip artikel ni, aku baru saja pulih dari demam denggi. Enam hari aku demam. Rasanya demam paling lama dalam … [Read more...]

Berfikir di luar kotak

berfikir-di-luar-kotak

Berfikir di luar kotak adalah cara berfikir di luar batasan masalah yang ada ataupun cara berfikir dengan menggunakan perspektif yang baru. Maksud kotak dalam hal ini adalah perumpamaan pembatasan diri seseorang pada saat melihat suatu permasalahan. Bayangkan jika korang sedang memandu kereta di sebuah jalan di dalam kereta anda pada satu malam yang sepi, apabila melepasi sebuah perhentian bas dan korang nampak tiga orang tengah tunggu bas: 1. Seorang wanita tua yang sedang sakit tenat 2. Seorang kawan lama yang pernah menyelamatkan nyawa anda. 3. Pasangan idaman korang selama ini. Dalam … [Read more...]

Pemberi dan peminta sedekah

peminta sedekah

Peminta sedekah atau penggemis. Suatu yang biasa kita nampak di sekitar kota Kuala Lumpur. Dan hampir menjadi imej yang tipikal untuk ibu negara kita. Kelibat mereka hampir ada di mana-mana tumpuan masyarakat di kota. Namun berhakkah kita membina persepsi bahawa golongan ini tidak bagus, merimaskan, bawa imej buruk dan sebagainya. Nyata sekali ia terpulang kepada diri masing-masing. Bukan kita tak tahu tekanan kewangan sekarang memang hebat. Tepuk dada, timbang akal, tanya selera. Memang terkadang ada juga yang peminta sedekah yang kelihatan meragukan. Dari penilaian visual kita boleh … [Read more...]