Facebook Ibarat Pisau

status-facebook

Facebook merupakan laman sosial yang paling popular di Malaysia. Populariti Facebook setiap hari semakin terserlah terutama dalam kalangan remaja. Hampir semua orang yang tahu menggunakan komputer memiliki akaun media sosial tersebut. Aku juga pengguna Facebook tetapi untuk berkomunikasi dengan keluarga dan teman-teman bila perlu. Dan dengannya lah aku berjaya merapatkan kembali hubungan dengan sanak saudara yang tinggal berjauhan. Facebook boleh diibaratkan seperti pisau kalau diguna untuk baik maka baiklah hasilnya tetapi jika digunakan untuk buruk maka buruklah hasilnya. Terpulang kepada … [Read more...]

Satu Penghormatan Salam Perpisahan

Windows-XP-Bliss-Wallpaper-Backgrounds

Teringat lagi saat perkenalan kita suatu waktu dulu. Dimana aku dihantar ke Kem Celik IT oleh pihak sekolah. Masa tu umur aku baru 15 tahun. Masih jakun dengan dunia luar. Kau lah yang paling mesra dengan aku pada waktu tu. Bersemangat betul aku nak berkenalan dengan kau masa tu. Walaupun bahasa ibunda kita berbeza, aku masih boleh faham macamana nak berinteraksi dengan kau. Aku guna jari saja kau dah faham apa kehendak aku. Kau memang bagus. Sepanjang perkenalan kita banyak cerita manis kita lalui. Kita semakin rapat. Aku jadi lupa dunia luar. Dengan adanya kau, aku jarang ke panggung … [Read more...]

Yay Menang Saman

saman

Yes! Aku kena saman trafik. Ini bukan cerita menang saman malu atau saman fitnah. Ini juga bukan petikan kata kata " You ulang I saman ". Lewat malam tadi aku disaman kerana gagal menunjukkan lesen memandu. Selepas dengan jayanya dua kali melepasi sekatan jalan dengan muka handsome dan keyakinan maksima akhirnya kena tahan jugak aku, pada redahan ketiga, di roadblock yang sama. Pegawai trafik periksa roadtax aku, hidup. Tengok muka aku, dia senyum. " Minta tunjuk lesen dengan kad pengenalan Encik". Aku pun menurut perintah dengan jayanya. Benda yang diminta aku hulur beserta senyum … [Read more...]

Kenangan Tempat Kerja Lama

Atas Jackup Rig

Assalam. Hari ini genap sebulan aku berhenti kerja. Dalam hati ni dah mula rasa rindu dengan suasana tempat kerja lama. Bukan kata  aku menyesal berhenti, cuma teringat kenangan saja. Teringat pada kawan-kawan baik di tempat kerja yang sekepala. Dan walau tak sekepala pun akan kami adjust-kan jugak bagi jadi ngam. Mereka lah penglipurlara, pillow talk partner dan jackass dude. Banyak betul cerita pahit dan manis. Mula-mula kena hantar naik job dulu, rasa macam menyesal pun ada pilih kerja tu. Stress nya hai, Tuhan saja yang tau. Apa tak nya, kena naik kapal Vietnam yang kondisinya tahap … [Read more...]

Cubaan Berhenti Merokok

8748218178_79fe980dcb

Anda seorang perokok tegar? Ada keazaman untuk berhenti? Terasa ianya kerja sukar? Merokok ni bukan bagus pun. Bazirkan wang. Bahaya untuk kesihatan pula tu. Duit yang terbakar bukan seringgit dua. Banyak sangat. Sakit hati je kalau kira balik kos nya. Dengar bini berleter lagi. Dengan gambar-gambar ngeri kat kotak rokok. Ahh tension. Aku perlukan cara mudah untuk berhenti merokok Harga sekotak rokok yang aku hisap ni harga rokok semakin mahal. Aku rasa dah patut aku pasang azam untuk berhenti merokok. Dulu aku pernah berhenti sebulan tapi keazaman aku di-hijack oleh rakan-rakan waktu tu. … [Read more...]

Jatuh bangun seorang lelaki

lelaki-berjaya

Di sebalik kejayaan seorang lelaki, pasti berdiri dibelakangnya seorang wanita Di sebalik kejayaan seorang lelaki juga, terdapat bertahun-tahun kegagalan dalam kehidupannya Kejatuhan seorang LELAKI juga boleh disebabkan wanita. Sama je samada lelaki ataupun wanita. Penggunaan perkataan samada wanita ataupun lelaki itu bukanlah isu pun, sebab itu hanyalah istilah yang bertujuan untuk menjadikan mesej tersebut lebih spesifik kepada golongan tertentu supaya lebih terasa kesannya. Itu sahaja. Tapi sebab aku ni lelaki, aku gunakan perkataan 'lelaki' dalam ungkapan tu. Dan bagi … [Read more...]

Majlis kenduri, gotong-royong dan mentara

aktiviti mentara dalam penyediaan masakan kenduri

Yes! Balik kampung lagi. Aku ada dua jemputan kenduri kahwin yang perlu dihadiri di kampung halaman. Sabtu ini saudara belah isteri aku kahwin. Ahli siak masjid di kampung. Hari Ahad pula kawan aku sejak 16 tahun dulu mendirikan rumahtangga. Bulan March ni saja aku dah dua kali balik kampung. Memandangkan aku dan isteri asal satu kampung, aku tak kisah sangat balik kerap-kerap. Lagi aku suka ada la. Hehe. Jarak rumah kami lebih kurang 500 meter je. Memang lawak bila dingatkan balik, kami tak pernah bertegur sapa sejak kecik. Tak rasa ada magnet pun antar satu sama lain. Wife aku ni … [Read more...]