Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine

Malaysia-Airlines-Ukraine-terhempas

Lagi kepiluan buat rakyat Malaysia dan seluruh penduduk dunia. Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777, MH17 terlibat dalam nahas dalam kawasan Grabovo di rantau Donetsk, 17 Julai, 2014. Kementerian Dalam Negeri Ukraine memaklumkan pesawat tersebut telah ditembak jatuh di timur Ukraine oleh militan pro-Rusia pada hari Khamis, yang mana telah mengorbankan semua 295 penumpang pesawat Sungguh kita sedang diuji Allah S.W.T di bulan Ramadhan ini.. Maklumat terkini: 02:35 ET (Waktu Timur) Agensi berita Rusia LifeNews telah memperoleh video eksklusif di lokasi kemalangan. Ia menunjukkan timbunan … [Read more...]

Pelukan di Piala Dunia

Eduardo Vargas, tengah, meraikan dengan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak Kumpulan B Piala Dunia antara Sepanyol dan Chile di Stadium Maracana di Rio de Janeiro, Brazil pada 18 Jun.

Apabila pasukan menang besar dan legenda dilahirkan di padang, terdapat hanya satu perkara yang perlu dilakukan: memberi pelukan. Dalam kempen Piala Dunia memang penuh dengan aksi. Pemain, jurulatih dan peminat hanya mempunyai dua pilihan apabila menyaksikan permainan pasukan mereka. Sama ada kesedihan kerana kekalahan ataupun kegembiraan yang tidak terhingga kerana kemenangan. Di dalam padang, pelukan boleh digunakan untuk kedua-dua tujuan ; bagi menenangkan kesedihan dan mengucapkan tahniah. Kita lihat himpunan pelukan dalam kejohanan paling meriah di muka bumi ini. Pasti ada yang … [Read more...]

Penglibatan Wanita dalam Politik

Statistik-parlimen

Perlukah wanita mengambil bahagian dalam politik? Jika perlu apakah keistimewaan wanita menyertai dan melibatkan diri dalam politik? 2013 ialah tahun rekod bagi wanita di parlimen seluruh dunia. Statistik dunia menunjukkan purata wanita-wanita yang mengambil bahagian dalam dunia politik sekarang ialah 21.8%. Iaitu naik dari 20.3% pada 2012. Pada 10 tahun yang lepas, nilainya adalah 15%. Satu kenaikan yang cukup besar juga di situ. Menurut satu laporan baru-baru ini dari Kesatuan Inter- Parliamentary, Parlimen Rwanda mempunyai kadar tertinggi wanita di dunia iaitu pada 63.8%. Ini disebabkan … [Read more...]

Laman web menarik dan pelik untuk dilawati

eel-slap-strange-website

Setakat artikel ini ditulis, jumlah laman web di dunia ini telah mencapai lebih 980 juta laman. Jika korang melawat 1000 laman sehari, korang masih memerlukan 2800 tahun untuk menghabiskan semuanya. Tak sempat tu. Purata umur kita berapa je kan. Di antara hampir 1 billion laman web itu, pasti ada laman yang menarik dan pelik untuk kita lawati. Ada sejumlah kecil laman web yang aku dah terjah dan rasanya menarik untuk korang cuba lawat. Jangan risau takde SPAM, Pishing dan Spyware di situ. Aku dah semak.. eelslap.com – Kesoronokan maksima apabila dapat bermain dengan tetikus dan belut. Cuba … [Read more...]

Kalau Bahasa Melayu Jadi Bahasa Pengantar Dunia

Facebook : Mukabuku

Semua di antara kita sedia maklum bahawa bahasa pengantar antarabangsa sekarang adalah bahasa Inggeris. Ya bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantara dan komunikasi nombor satu di dunia. Kita boleh nampak besarnya kuasa permainan barat di situ. Kebanyakan jenama-jenama terkenal di dunia tidak kira yang berasal dari negara apa pun selalunya dijenamakan dalam bahasa Inggeris. Cuba kita bayangkan kalau bahasa Melayu pula yang menggantikan kedudukan bahasa utama dunia ini. Mesti bangga kan? Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. … [Read more...]

Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis Akauntan W41 2014

exam-peperiksaan

Ada yang terpilih dipanggil Peperiksaan Akauntan W41? Pada 6 MEI 2014 akan bermulalah peperiksaan atau exam Akauntan Gred W41 bagi calon yang terpanggil untuk mendudukinya. Tahniah kepada calon yang terpilih! Mereka hampir menjadi Akauntan Gred W41! Peluang bergaji besar dan laluan kenaikan pangkat tinggi. Tetapi calon WAJIB LULUS Peperiksaan Akauntan W41 dan melalui beberapa peringkat sebelum dilantik ke jawatan Akauntan W41. Tujuan Peperiksaan Penolong Akauntan W41 Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui … [Read more...]

CommentLuv diganti DISQUS

CommentLuv-vs-Disqus

Kalau korang pernah singgah blog ni sebelum tiga hari lepas mesti perasan aku dah ubah platform commenting blog ni. Tapi ada ke yang perasan? Hehe blog ni bukan banyak sangat trafik pon. Jadi kepada pengunjung sekalian yang selama ni sudi singgah dan kembali terus menerus singgah di sini, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Anda adalah golongan yang rare kerana sudi melawat blog terpencil dan boleh dikategorikan spesis blog terancam ini. Sokongan anda amat aku hargai. Jemput lah datang lagi. Ceritanya tiga hari lepas aku dah uninstall plugin CommentLuv dan menggantikannya dengan … [Read more...]