Cerita bedah mata ku

Assalam..

Sejak Julai hingga November 2013, aku telah menjalani tiga kali pembedahan mata. Buang ketumbuhan selaput pada mata. Benda ni salah satu daripada kategori katarak. Tapi, lebih kepada ketumbuhan. Namanya Selaput Luar/Pterygium.

Selaput ni tumbuh sejak tahun 2006 lagi. Sejak zaman belajar aku di UTM. Aku tak tahu apa punca sebenarnya tapi kata doktor ianya sebab mata aku terlampau banyak terdedah kepada habuk. Tapi kes terpencil. hairan jugak, macam la orang lain tak kena habuk kan. Pada waktu tu, aku biarkan saja sebab ingatkan selaput ni tak bawa kesan mudarat. Sebabnya aku masih boleh nampak dengan jelas. Cuma mata nampak kemerahan sikit. Tapi hari demi hari selaput ni makin membesar dan mula jejak mata hitam aku. Dan untuk masalah ini, hanya ada satu sahaja jalan penyelesaiannya; PEMBEDAHAN.

selaput mata

Kali pertama aku operation kat Columbia Asia Hospital Setapak. Asalnya aku tak mampu pun nak ke sini. Tapi memandangkan company dah bagi medical card, baik aku guna. Nak biaya sendiri mahu dekat RM3000 sekali bedah. Mahal kan. Cara pembedahan memang macam Fear Factor Final Stage. Kelopak mata ditahan agar terbuka dengan satu pendakap. Part paling best, doktor akan suntik biji mata aku. Aku suka sangat sangat sangat part ni. Arghhh! Aku nampak jarum suntikan datang ke mata. Nak pejam tak boleh. Tahan saja lah. Kemudian, doktor akan buang lapisan selaput luar tu dengan pisau bedah mikro. Lebih kurang sejam baru selesai. Ekstrem kan. 

Dan situasi ni aku lalui tiga kali, setakat ni. Trauma tapi terpaksa. Sebab selaput luar tu tumbuh semula : cepat sangat padahal dalam masa 4 bulan aku dah bedah dua kali. Terkini aku bedah di Prince Court Medical Centre. Jawapan doktor, usia aku yang masih muda punca selaput ni mudah tumbuh semula. Protein senang sampai ke mata. Alahai. Tak apa, aku redha. Mungkin ni ujian Allah s.w.t buat aku.

Disebabkan keadaan mata aku ni, aku terpaksa menolak job offshore empat lima kali jugak la. Bukan sengaja tolak rezeki tapi tak mampu menunaikan kerja secara efisien. Aku tak tahan bila kena cahaya terik.  Sejak bulan Julai aku hanya dapat gaji pokok.  Dah takde elaun laut. Culture shock jugak. Nak kena adjust balik cara perbelanjaan keluarga.

Bila kerap sangat tolak job, aku jadi segan dengan majikan aku. Rasa macam makan gaji buta je tiap bulan. Reputasi kini menjadi bisu. Dan aaaaaaku, ku layu oh oh oh di situ. eh keluar lagu pulak. Hehe. Jadi aku mengundur diri dari dunia lautan dengan cara berhenti kerja. Tak apalah, InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. Aku akan cari kerjaya baru. Doakan aku ya. :)

Comments

    • says

      itulah yang saya fikirkan.. tapi budak tadika takkan mudah lompat kelas ke darjah enam dengan senang.. hehe. Saya ni baru sangat dalam blog. Banyak lagi kena belajar. Bayangkan blog ni saja baru umur sebulan.

      Anyway, terima kasih doa bro.
      azlanvai telah menulis…Cerita bedah mata kuMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge