Cerita pasal GoPro

Pernahkah anda melihat gambar aktiviti lasak rakan-rakan anda di Facebook? Gambar mendaki gunung, menyelam skuba, paragliding, berbasikal gunung dan macam-macam lagi. Perasan tak kualiti imej mereka nampak sempoi lain macam kan. Selfie  mereka cun kan. Kalau tak perasan juga cuba ingat rancangan Fear Factor dan Running Man. Ada satu kamera kecik yang terpasang pada helmet peserta. Ha sebenarnya  diorang guna sebuah kamera kecil yang dijenamakan GoPro.

GoProAku sendiri pun sebelum ni tak kenal apa itu GoPro. Aku ingatkan diorang yang join sukan ekstrem ni guna kamera DSLR je. Sebab gambar memang cun. Rupa-rupanya tanggapan aku salah. Sejak 2011 lagi dah popular kamera ni. Memang jakun aku ni. Haha. Sebenarnya tak semua guna DSLR. Dengan saiz yang besar dan banyak aksesori lain memang tak mampu nak usung kamera merata-rata; dalam air contohnya. Jadi tak perlu lagi lantik jurugambar atau jurukamera untuk buat rakaman. Lagipun banyak sudut tangkapan imej yang boleh dicapai GoPro ni.

GoPro-2GoPro adalah sebuah kamera kompak yang mampu merakam video dan juga imej pada resolusi maksimum 4K dan 12MP. Harap maklum 4K ialah  resolusi layar sampai 4096 x 2160. Besar tu tapi kalau anda perlu buat editing rakam pada 1080  x 720 jadi lah. Berat PC nanti. Kamera ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang membuatkannya sesuai digunapakai bagi aktiviti ekstrem. Gajet ini dilengkapi dengan fungsi SuperView™ iaitu mod rakaman video pada sudut perspektif yang lebih luas. Fungsi Wi-Fi juga disediakan dalam kamera ini. Aksesori seperti monopod, housing dan mounting juga membolehkan penggunanya memaksimumkan penggunaan kamera GoPro. Oleh kerana saiz yang kecil, GoPro boleh dipasang di mana-mana (asalkan guna aksesorinya), seperti di kepala, di atas atau tepi helmet, di bar basikal, di haluan  papan surfing, di dada, dan di posisi ekstrim lainnya. Kalau letak kamera DSLR di situ, si pemilik mesti berfikir dua kali (sebab berat, berpotensi jatuh, dan perlu alat aksesori yang mahal). Remote Wi-fi kamera ini juga kalis air dan boleh dikawal menggunakan smart-phone.

GoPro bagai pisau bermata dua. Bila ada di tangan yang betul, akan bermanfaat positif. Tapi kalau di tangan jahat, boleh disalahgunakan. Tak perlu aku jelaskan di sini kenapa ya. Yang aku tau nanti aku nak kenen isteri mintak dia belikan satu. Aku nak tangkap gambar dalam laut. Aku memang jakun. Hahaha peace yaw.

968 total views, 9 views today

Comments

  1. says

    kenai menatang GopRo ni pon masa dok scroll instagram.
    TERtengok pic2 sempoi dr ig mat salleh yg jenis suka sukan2
    ekstreme smua tu la.. pastu ana pon sama jakun gak tgk
    menda gopro + monopod + mountant hape segala tuh ! haha

    *errr SUAMI la kena belikan kat isteri hehehe
    anamizu telah menulis…Fikirlah Dulu Sebelum TulisMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam