Cubaan Berhenti Merokok

Berhenti merokok

Berhenti merokok

Anda seorang perokok tegar? Ada keazaman untuk berhenti? Terasa ianya kerja sukar?

Merokok ni bukan bagus pun. Bazirkan wang. Bahaya untuk kesihatan pula tu. Duit yang terbakar bukan seringgit dua. Banyak sangat. Sakit hati je kalau kira balik kos nya. Dengar bini berleter lagi. Dengan gambar-gambar ngeri kat kotak rokok. Ahh tension. Aku perlukan cara mudah untuk berhenti merokok

Harga sekotak rokok yang aku hisap ni harga rokok semakin mahal. Aku rasa dah patut aku pasang azam untuk berhenti merokok. Dulu aku pernah berhenti sebulan tapi keazaman aku di-hijack oleh rakan-rakan waktu tu. Perbuatan khianat diorang serba lengkap. Kata-kata nista dan kutukan menghujani telinga aku. Tak cukup pula dengan kerelaan belanja aku Dunhill pack 20 lagi tu. Memang dasar kawan sejati. Hahaha.

Di bawah adalah cara terbaik berhenti merokok yang aku anggap berupaya mengurangkan ketagihan merokok dengan teknik yang betul:

1. Umumkan keputusan anda untuk berhenti kepada rakan dan saudara terdekat

Biarkan teman-teman dan keluarga tahu keputusan korang untuk berhenti merokok. Dapatkan sokongan insan terdekat untuk selalu mengingatkan pasal target berhenti merokok. Juga, yang sangat penting, mintalah teman dan keluarga untuk tidak merokok di depan korang.

2. Tetapkan target waktu

Tetapkan target waktu selama 2-3 minggu mulai saat korang mengambil keputusan untuk berhenti merokok. Ini merupakan salah satu cara mudah berhenti merokok tanpa menyiksa diri, kerana korang melakukannya dengan cara bertahap namun tetap ditargetkan waktunya.

3. Hindari perkara yang mendorong rasa untuk merokok

Hindari alasan utama yang menyebabkan keinginan untuk merokok seperti kopi, lepak menonton bola, berdebat dll. Kadang-kadang tengah mengadap PC pun kita suka merokok kan. Jadi, sorok rokok daripada jangkauan kita. Buat rasa susah nak dapat rokok waktu tu.

4Hindari keinginan merokok setelah makan

Semua perokok cenderung untuk merokok segera setelah makan. Bangun segera dari meja anda setelah makan untuk sikat berjalan-jalan atau apa saja yang membuatkan tak bernyala rokok tu.

5. Sibukkan diri dan mulut dengan perkara lain

Kunyah lah chewing gum, gula-gula atau apa saja selain rokok. Sekurang-kurangnya lidah yang kelat tu hilang keinginan nak rasa asap rokok. Medium pengganti nikotin jugak banyak dijual kat farmasi sekarang ni.  Tinggal nak bayar je.

Ada banyak lagi teknik mudah berhenti merokok yang boleh aku senaraikan kat sini. Bagi teaser cukup lah. Nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh baca ebook Jom Berhenti Merokok oleh bro Mohd Suhaimy (SHUTH). Di dalam ebook ini dikongsikan cara-cara mudah untuk berhenti merokok dengan terperinci sekali.

Kalau korang tak berusaha untuk berhenti daripadanya, maka ia tidak akan terhenti. Jangan lah berputus asa, ada caranya. Ianya seperti berperang, anda mesti ada strategi!

Tidak boleh serang secara melulu dan bertahan tidak kena pada tempatnya. Jika tidak, tidak hairanlah korang masih lagi menghisap batang panas yang berasa payau itu sehingga hari ini.

p/s: Jangan jadi hamba asap. Majlis Fatwa Kebangsaan dah fatwakan haram tapi kita buat-buat tak pernah tahu.

720 total views, 3 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam