Elemen penting SEO [Infografik]

Salam semua. Entri kali ini aku nak kongsi tips blog yang aku jumpa dalam web berbahasa Inggeris dan aku fikirkan berguna untuk kita. Aku sendiri pun tak mahir sangat perihal SEO ni. Dah 3 bulan umur blog tapi baru hari ni nak kaji. Haha. Aku hampir buat perkara melulu dalam hal SEO. Mujur tadi terjengah dalam entri SEO dan 5 Kepercayaan Karut Tentang Backlink dari otai kita.

Sepertimana yang kita sedia maklum, Search Engine Optimization (SEO) adalah elemen penting bagi sesuatu laman web dan juga blog. Ianya bergantung kepada On-Page SEO dan juga Off-Page SEO. Di mana On-Page SEO adalah perkara-perkara yang kita lakukan di laman web untuk meningkatkan faktor SEO seperti menulis kandungan yang berkualiti, meta description, alternate text, caption, kelajuan laman web dan lain-lain. Manakala Off-Page SEO pula merangkumi link-building, perkongsian laman sosial dan lain-lain. Senang kira On-Page SEO ni penampilan dan Off-Page SEO ni hubungan luar.

Carta SEO

Enjin carian memang suka letak suatu laman web pada page-rank yang tinggi kalau ada kombinasi sempurna pada kedua-dua faktor On-Page SEO dan Off-Page SeoJadi, untuk bina gabungan yang baik, kita kena tahu dan faham konsepnya antara satu sama lain.

Berikut adalah jadual berkala SEO yang menerangkan semua faktor. Dah seghupe subjek Kimia pulak. Baca dan laksanakannya di laman web anda dengan bijak

Periodic-Table-of-SEO-2013-large

Periodic Table of SEO [Klik untuk besarkan]

Sumber imej : Search Engine Land

526 total views, 2 views today

Comments

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam