Gaya Lelaki yang FAIL

Hampir semua jejaka suka bergaya. Dan ada bermacam jenis gaya dan fesyen yang menjadi pilihan sang lelaki.

Namun sedarkah kita kadang-kadang gaya yang dipilih itu entah betul, tepat atau kena pada badan dan persekitaran? Adakah kita yakin orang ramai mampu menerima penampilan kita?

Kerana perspektif individu yang diperhatikan itu selalunya berbeza daripada pandangan individu yang memerhati. Faham kan. Bagaimana kita melihat diri sendiri tidak sama dengan penilaian orang yang melihat diri kita. Kita tidak usung cermin besar setiap masa ke mana saja.

Berbalik kepada soal gaya. Bagaimana kita menilai gaya kita? Tahukah kita mungkin ada yang tidak berkenan pada penggayaan fesyen kita itu? Dan entah-entah ada yang menyampah. Cuma tak sampai hati nak cakap saja.

Aku suka memerhati gelagat manusia sekeliling. Dan sambil memerhati tu aku berfikir. Apa yang bagus aku jadikan teladan. Apa yang tak kena aku kumpul untuk jadikan pesan. Sambil tu, aku kena sedar, iaitu tiada manusia yang sempurna. Begitu juga aku.

Berikut adalah gaya lelaki yang salah dan tak kena pada tempat bagi pendapat aku :

1. Pakai kacamata hitam di dalam kawasan tertutup dan waktu malam

oceans-13-sunglasses

Pertama sekali aku nak beritahu, aku pernah buat perkara ni dulu. Tapi sebab aku baru lepas bedah mata. Jadi doktor pesan supaya pakai sunglasses UV400 ke atas untuk jaga kondisi mata aku. Maka aku turutkanlah. Berjalan dalam shopping mall pakai Oakley Uptown RM10. Hehe.

Tapi bagi yang tak ada alasan kukuh macam aku tak payah lah nak bergaya sangat. Tolonglah. Please. Tak segan ke orang pandang awak atas bawah. Silau kat mananya dalam panggung wayang bang.

Aku sedar bila seorang lelaki tu pakai kacamata hitam memang lagak ala-ala Rosyam. Peratusan kehenseman tu bertambah dengan lajunya. Pagerank dengan Alexa Rank terus top lah kira.

Tapi agak-agak lah, bergaya tu jangan beria sangat.

Hanya ada tiga sebab anda patut pakai cermin mata hitam indoors/waktu malam:

- Anda buta

- Anda selebriti

- Anda Kanye West

- Anda special branch, FBI, CIA atau pengawal keselamatan Presiden Obama

2. Mengangkat kolar baju

Gaya ini dipelopori dari Barat. Suatu ketika dulu memang trend ni popular. Tapi sekarang siapa yang buat macam ni dilabel sebagai mat rempit. Yang peliknya virus pop-up collar ini hanya terkena dua kelompok manusia yang sangat berbeza darjatnya : anak-anak orang kaya ATAUPUN mat rempit. Golongan middle class yang matang tak buat benda-benda macam ni.

pop up collar

Alasan kukuh untuk anda mengangkat kolar baju :

- Anda pemain tenis kelas dunia

- Anda Eric Cantona atau mendiang aktor James Dean

- Anda terkena panau di belakang leher

- Anda atlet sukan polo berkuda

3. Gaya Rambut Mullet

Mullet adalah sejenis gaya rambut dimana ekor rambut dibiarkan panjang tetapi bahagian atas dan tepi kepala dibiarkan pendek. Di Malaysia gaya rambut ini juga dikenali sebagai “rambut ekor” atau “rambut rempit”. Fesyen ini memang dari zaman-zaman rock kapak 80-an dan awal 90-an, tetapi sehingga ke hari ini, ianya masih diikuti oleh segelintir lelaki di negara kita.

Dan sila ambil maklum bahawa gaya ini telah lama dikeji di kalangan masyarakat USA.

Anda hanya boleh simpan mullet jika :

-Anda rempit sejati

-Kekasih anda suka elemen kuda

-Anda Joe Dirt 

mullet

4. Jeans koyak di lutut

Tahap kesononohan memainkan peranan. Awek-awek cantik memang selalu cebik mulut mereka jika melihat lelaki berpakaian sebigini. Jangan merungut kenapa anda lambat bertemu jodoh kalau seluar jeans atau denim anda semuanya koyak di lutut. Kerap sangatkah lutut anda tu bergesel dengan jalan tar.

Pemakaian sebegini membuatkan segalanya terhad dan tidak sesuai untuk anda. Anda tidak boleh masuk ke masjid. Tidak sesuai ke majlis rasmi. Menziarah bakal mertua boleh, cuma tanggung sendiri lah akibatnya.

jeans koyak lutut

Bagi yang beragama Islam, lupakah anda bahagian lutut itu aurat yang perlu ditutup. Elakkan menambah dosa anda dan mereka yang melihat.

Jeans koyak di lutut dibenarkan apabila :

- Anda baru lepas kemalangan dan lutut anda terseret bahu jalan

- Anda tergolong dalam mereka yang tidak diwajibkan menutup aurat

- Anda Steven Tyler

5. Perempuan, pink dan dot dot dot

Kenapa tajuk macam ni? Sebab aku nak bagi nampak simbolik sikit.

Kepada lelaki berpewatakan lembut semulajadi di luar sana, tiada siapa yang marah dengan situasi anda. Penerimaan masyarakat terhadap anda neutral. Dan aku akui kebanyakan daripada anda memang baik hati. Anda bukan pondan.

Tapi kepada lelaki yang sengaja berlagak lembut, tolonglah jangan berpenampilan seperti perempuan. Berhentilah menyolek wajah anda itu. Sudah cukup sudah mencukur nipis misai dan janggut. Coli bukan tercipta untuk anda. Janganlah pakai skirt dan dress lagi.

Banyak jalan yang luas terbentang, dan kau pilih jalan yang bersimpang. Ah keluar lirik lagu pulak.

“Rasulullah melaknati lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” [Hadith Riwayat al-Bukhari.].

Anda hanya dibenarkan berpakaian seperti wanita apabila

- Anda dilahirkan sebagai perempuan, wanita dan itu saja. Noktah.

Bergaya biar Kena

Setiap individu memang berhak untuk tampil menarik, menawan dan bergaya namun perlu diingat, biarlah kena pada tempat dan betul caranya. Sedangkan kita sendiri boleh jelik melihat orang lain, maka elakkanlah perkara yang sama itu terkena kepada kita pula. Bijak berpakaian maka bijak lah tuan.

Ya! Bukan jalan raya sahaja ada peraturan. Berpakaian dan tampil di kalangan khalayak juga ada undang-undang dan peraturannya.

Malah, Islam juga menetapkan seseorang individu, bukan sahaja wanita tetapi lelaki juga perlu tampil dalam pakaian yang menutup aurat.

1,637 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam