Gaya Rambut Jejaka Malaysia 2014

Bagi seorang lelaki, rambut juga merupakan mahkota di atas kepala kami. Bukan sahaja kaum perempuan sahaja boleh menggayakan rambuf mereka kini. Fesyen itu subjektif. Ianya tidak terhad kepada gaya pemakaian kita semata-mata tetapi gaya rambut juga memainkan peranan besar. Lelaki juga kini cerewet memilih potongan rambut sesuai. Semakin hari semakin banyak style rambut yang digayakan. Mengalahkan perempuan pula kan.

Mari kita tinjau gaya rambut yang menjadi trend sempena tahun 2014 ini. Aku sendiri pun tak pernah tahu nama potongan rambut ni sebelum ni.

Credits to krew dotcom and Joe’s Barber

1. Pompadour Cut – Masih ingat Elvis Presley? Maka anda akan ingat gaya rambut lagenda rock n roll ini. Remaja yang lahir selepas tahun 2000-an mungkin tak kenal beliau. Takpe, cuba ingat potongan rambut Wak Doyok. Ha.. rambut macam dia la.

Pesan kat mamak gunting rambut tu, tepi sama belakang tipis, jambul kasi tebal. Mau sikat tepi. Haha. Ni gambar nya;

gaya rambut pampadour

GayaRambut Pampadour

2. Fade Bald Cut – Potongan rambut Jebat, Lan Todak dan Theo Walcot. Rambut di bahagian side burn anda pada paras minimum. Paling pendek mesin boleh potong. Tapi bukannya cukur terus tau. Still ada anak rambut lagi.

gaya rambut fade bald

Gaya Rambut Fade Bald

3. Hair tattoo – Basically sama macam fade bald, tapi ada ukiran yang menambahkan gaya. Rambut dicukur supaya ada corak. Tapi aku difahamkan, kita yang beragama Islam dilarang berbuat corak-corak di rambut. Haram hukumnya. Tak payah nak stail – stail sangat, dah hensem kan.

Gaya Rambut Hair Tattoo

4. Slick cut – Lebih kurang macam Pompadour. Cuma bahagian tepi ditipiskan manakala bahagian belakang dipotong secara layer berbentuk ‘V’. Tapi aku tak pandai nak ulas stail ni. Tak nahu nak terangkan bagaimana. Ala, tahun lepas banyak mamat potong rambut macam ni.

Gaya Rambut Slick Cut

Gaya Rambut Slick Cut

 

1,201 total views, 18 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam