Kalau Bahasa Melayu Jadi Bahasa Pengantar Dunia

This slideshow requires JavaScript.

Semua di antara kita sedia maklum bahawa bahasa pengantar antarabangsa sekarang adalah bahasa Inggeris. Ya bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantara dan komunikasi nombor satu di dunia. Kita boleh nampak besarnya kuasa permainan barat di situ.

Kebanyakan jenama-jenama terkenal di dunia tidak kira yang berasal dari negara apa pun selalunya dijenamakan dalam bahasa Inggeris. Cuba kita bayangkan kalau bahasa Melayu pula yang menggantikan kedudukan bahasa utama dunia ini. Mesti bangga kan?

Asas keterampilan sesuatu bangsa dapat digambarkan melalui bahasa yang dituturkan oleh masyarakatnya. Kekuatan sesuatu bangsa boleh dilihat melalui kesatuan masyarakat terhadap budaya yang diwarisi sejak turun-temurun terutamanya aspek bahasa.

Kita lihat negara-negara seperti Perancis, German, Korea Selatan, Itali, Denmark dan lain-lain. Mereka masih lagi berupaya menjadikan mereka masyarakat yang berdaya saing, maju dan dikagumi masyarakat di seantero dunia walaupun tidak mengutamakan bahasa Inggeris di negara mereka.

Hari ini kalau kita selak surat khabar mesti ada yang terbaca berita berkenaan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2014. Dalam pertandingan akhir di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat sini malam ini, Sally Jane, penuntut Universiti La Trobe, Melbourne, Australia itu mengalahkan empat lagi peserta yang bersaing dengannya.

Suatu hal yang menarik bagi bangsa Jepun, Cina dan Korea ialah menghantar pelajar-pelajar mereka ke barat seperti Amerika, Perancis, Jerman, United Kingdom menguasai ilmu pengetahuan dengan menggunakan bahasa negara di mana mereka belajar. Apabila kembali ke negara masing-masing berlaku proses Penjepunan, Pencinaan dan Pengkoreaan dengan menjadikan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan masing-masing tanpa menolak kepentingan bahasa Inggeris atau bahasa asing untuk dipelajari.

p/s: Kepada peminat Liverpool F.C jangan marah ya. Naik kelabu mata aku edit malam tadi. Hehe..

501 total views, 2 views today

Comments

  1. says

    Kalau bahasa kita menjadi bahasa antarabangsa, sudah tentu mereka akan tertarik dengan budaya kita di samping itu dapat membantu memperkmbangkan Islam kepada orang ramai.

  2. says

    rajin bro edit yer,yup kalau inginkan Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di dunia satu hari nanti , kita perlu bekerja keras lagi untuk memantapkannya

  3. Ismail N @ DLSL says

    I wonder kalau Tun Dr M masih jadi PM. Surely kita akan ke arah itu. Perkara penting dalam menaikkan bangsa dan bahasa kita adalah ilmu dan teknologi, suatu yang amat ditekankan oleh mantan PM kita. Nowdays, kita lebih sibuk dengan perkara-pekara yang remeh temeh dan tidak menguntungkan. Hmmm…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam