Ramai orang seringkali kaitkan kerja dari rumah atau separuh masa dari rumah ini hanya untuk golongan perempuan saja. Tetapi anggapan itu ternyata jauh menyimpang dengan zaman moden yang kita sedang harungi ini. Fenomena berkerja dari rumah ini sudah lama digunakan di negara-negara maju yang lain dan baru-baru ini ianya telah menjadi satu lumrah dan semakin banyak kerja sambilan di rumah yang boleh dikerjakan di rumah. Tidak kira anda berada di mana mana saja, Bangi, Shah Alam, Serdang, Klang atau dimana sahaja, kedudukan geografi tidak lagi menjadi kekangan.

Contoh kerja sambilan di rumah yang biasa diperlihatkan seperti mengisi sampul surat, lipat katalog, pencuci, call centre, cikgu tuisyen, event crew, mengedar flyers atau fotografi. Terdapat yang bergaji besar & ada yang tak. Kebiasaannya, hanya boleh dijalankan di waktu malam saja.

Bukan seperti kerja sambilan di rumah yang perlukan kita ada secara fizikal, kerja part time online di kediaman lebih selesa. Berikut ialah senarai kerja sambilan online bagi mereka yang hendak menjana pendapatan keluarga bagi menampung kos sara hidup yang semakin tinggi setiap tahun.

Untuk kerja data entry ini, anda perlukan laptop bagi menyiapkan seberapa banyak masukkan data yang diperlukan. Kebiasaannya syarikat-syarikat dalam sektor telco, insurans serta sepertinya yang melibatkan data pengguna yang banyak memerlukan banyak pekerja bagi jawatan data entry ini.

Ada yang dibayar mengikut waktu dan tidak kurang juga yang menerima upah mengikut jumlah mana data yang Berjaya dimasukan. Kebiasaannya anda boleh menerima dalam RM10 satu jam hanya melalui komputer dan apabila siap, mereka boleh emelkan semula kepada majikan anda. Bayaran biasanya dibuat sebulan sekali mengikut jumlah mana kerja yang telah anda lakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *