Kisah hari ini untuk anda renungkan

Mari kita uji adakah emosi mengawal minda atau minda yang mengawal emosi anda.

gembira-sedih

Baca dan renungkan petikan-petikan di bawah dengan hati yang ikhlas:

1. Hari ini, selepas tamat kerja di balai bomba, seorang wanita tidak dikenali datang memeluk saya. Menyedari saya terpinga-pinga dia tersenyum lalu mengesat air mata di pipinya dan berkata, ” Saya ingat lagi,waktu tu 11 Des 1993. Pakcik lah yang dukung saya keluar dari runtuhan Highland Tower dulu.”

2. Hari ini, pada umur 70 tahun, Datuk saya menamatkan pengajiannya dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan. Walaupun merupakan seorang usahawan yang berjaya, beliau mengambil keputusan untuk belajar bagi menunaikan hasrat ibunya yang meninggal dunia 50 tahun lalu.

3. Hari ini, saya mengucup dahi Bapa saya sebelum dia pergi buat selama-lamanya. Kemudian saya tersedar, itulah pertama kali saya berbuat demikian seumur hidup saya.

4. Hari ini, sebagai peguam paling muda dalam firma guaman terkenal, saya dihujani dengan ucapan tahniah kerana memenangi kes besar pertama dalam kerjaya saya. Namun sepanjang hari saya berfikir bagaimana saya berperanan mempergunakan alasan teknikal dalam undang-undang sehingga berjaya membebaskan seorang penjenayah dari tuduhan bunuh.

5. Hari ini, adalah ulang tahun perkahwinan saya ke-50. Isteri saya merenung wajah saya dan berkata, ” Kalaulah saya bertemu abang sejak awal lagi.”

6. Hari ini, setelah dua tahun berpisah saya dan bekas isteri bersetuju untuk keluar makan malam bersama. Kami banyak ketawa dan berbual lebih dari tiga jam. Sebelum pulang, bekas isteri saya menghulur satu sampul surat  yang besar. Di dalamnya berisi surat cinta yang dia tulis kepada saya sejak kami berpisah. Di luar sampul itu tertulis – “NUKILAN YANG SAYA TAKUT UNTUK HANTAR KEPADA AWAK”

7. Hari ini, kesedihan orang lain membawa kegembiran kepada keluarga kami. Terima kasih kepada penderma yang mendermakan jantungnya kepada Adik kami. Sangat pelik bila memikirkan satu kemalangan maut menyelamatkan nyawa Adik.

8. Hari ini, saya bangun pagi dengan demam yang kuat. Memikirkan saya amat memerlukan wang buat masa ini, saya memutuskan untuk pergi bekerja. Saya tiba lewat setengah jam di tempat kerja dan diberhentikan serta merta oleh majikan tanpa diberi peluang penjelasan. Dalam perjalanan pulang, tayar kereta saya pancit. Setelah beberapa kilometer, tayar yang diganti juga pancit. Seorang lelaki yang memandu BMW berhenti dan menumpangkan saya. Kami berbual dan dia menawarkan saya kerja. Saya boleh bermula esok hari.!

9. Hari ini, saya menghantar pesanan SMS kepada anak saya yang berbunyi ” Hati-hati memandu. Anak ibu sungguh kacak hari ni.” 5 minit kemudian saya mendapat panggilan memaklumkan beliau kemalangan kerana menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

10. Hari ini, saya menerima bungkusan hadiah yang besar dari seorang teman. Katanya sebagai penghargaan menjadi teman paling rapat dalam hidupnya dan sering membantunya dalam masalah. Beliau adalah seorang yang kurang upaya dan spastik. Sebenarnya saya cuma bertemunya sesekali dalam seminggu.

11. Hari ini, saya bersyukur kerana keluarga saya dilimpahi kemewahan sehingga mampu menghantar adik-beradik saya melanjutkan pengajian ke luar negara. Akan tetapi, saya rindukan zaman kanak-kanak kami di mana kami tinggal di rumah flat dua bilik, di mana kami dapat berjumpa setiap hari dan bermain bersama.

12. Hari ini, ibu tiri saya menyelamatkan nyawa ibu saya. Dia memberanikan diri meredah rumah kami yang sedang marak terbakar dan mendukung ibu saya yang pengsan keluar.

13. Hari ini, saya ketawa besar kerana dihiburkan dengan lawak jenaka oleh seorang teman yang baru saya kenali di stesen LRT. Namun saya berharap dia juga mampu melihat seperti saya.

14. Hari ini, saya sedang berada di Kenya mengikuti misi kemanusiaan. Saya bertemu dengan seorang pelarian dari Zimbabwe. Beliau kelihatan sangat kurus dan memaklumkan sudah tiga hari tidak menjamah makanan. Saya menawarkan sepotong sandwich untuk beliau. Perkara pertama yang diucapkannya, “Kita boleh kongsi makan bersama.”

15. Hari ini, saya kehilangan ibu akibat kanser. Sebelum ini saya mahukan kekayaan dalam hidup. Tapi hari ini saya mahukan Ibu semula.

16. Hari ini, saya akhirnya berjaya menemui ibu kandung saya setelah terpisah sejak dilahirkan. Rupa-rupanya beliau juga ibu kepada teman wanita saya.

17. Hari ini, saya menanyakan kepada anak saya yang berumur enam tahun tentang cita-citanya apabila sudah dewasa. Dia berkata, “Abah, adik nak jadi macam seronok macam hari ni sampai bila-bila.”

18. Hari ini, saya memberi pesanan buat anak kecil saya bahawa impian akan menjadi kenyataan kalau kita berusaha sedaya upaya. Dia membalas dengan pertanyaan adakah saya memasang impian menjadi kerani sejak dulu lagi.

19. Hari ini, saya sedang meneliti resume individu yang kerap membuli saya pada zaman persekolahan dahulu. Saya sedang mempertimbangkan permohonannya untuk bekerja di syarikat saya.

20. Hari ini, saya menerima cek pampasan insuran sebanyak RM100 ribu. Jika diberi pilihan, saya lebih rela menukarkannya dengan nyawa orang yang saya sayangi.

21. Hari ini, seorang banduan akan dibebaskan atas kesalahan yang saya lakukan 20 tahun lalu.

22. Hari ini, saudara saya sedang menyedut rokok di luar sebuah hospital di mana isterinya baru disahkan menghidap barah paru-paru.

23. Hari ini, saya dah habis idea

Cukup saja. Boleh jugak cuba trendkan #hari-ini. Hehe

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge