Kisah Mat Jenin, Lebai Malang dan JKKK Kampung Sangor

Pada suatu pagi Mat Jenin memanjat sepuluh batang pokok kepala. Dia sudah memetik lebih daripada lima puluh biji kelapa.

Semasa memanjat pokok yang kesebelas, Mat Jenin ternampak akan aktiviti ketua kampungnya iaitu Lebai Malang. Terdengar pula olehnya perbualan Lebai Malang dengan seorang individu yang tidak dikenalinya. Gaya lagak macam saudagar unta saja tilik si Jenin.

Mat Jenin mula mengesyaki Lebai Malang melakukan perbuatan curang dan melanggar integriti sebagai seorang Ketua Kampung. Dari mana Mat Jenin belajar perkataan ‘integriti’ entah lah. Mungkin Amran FANS yang ajar ni.

Mengapa bincang senyap-senyap di tengah kebun kelapa, fikir si Jenin.

Yang paling kerap Mat Jenin dengar adalah perkataan ” kasi kawtim luar “. Apa tu?

Maka, Mat Jenin dan rakan rakannya pun mula memasang angan angan untuk merampas Kampung Sangor yang dikuasai oleh Lebai Malang.

Habis seluruh pelusuk kampung Mat Jenin jelajah, menyampaikan perkhabaran yang beliau akan mentadbir semula kampung.Rakan rakan Mat Jenin turut menyokong.

” Hidup Jenin! Hidup Jenin! “, laung mereka.

Sementara itu di Kampun Sangor, Lebai Malang telah memecat hampir semua JKKK Kampung Sangor yang cuba menggulingkan beliau. Baru mereka tahu Lebai Malang bukan sembarangan lebai.

Penduduk kampung yang menyokong Lebai Malang bersorak kegembiraan termasuk juga mereka yang menyokong Mat Jenin.

Pak Pandir dan Mak Andeh pula masih dirumah mereka. Mereka memanggil semua rakan mereka untuk mencari idea baru bagi menyingkirkan Lebai Malang yang mereka sendiri lantik. Pada firasat Pak Pandir, Mak Andeh lah yang paling layak untuk menjadi ketua kampung. Rakan rakan Pak Pandir dan Mak Andeh terus menyokong mereka.

Laungan memecat Lebai Malang bergema di seluruh pelusuk kampung dan juga fanpage Kampung Sangor. Lebai Malang pula masih terus mentadbir kampung walaupun hanya dibantu oleh bendahari dan ajk kenduri kendara.

mat-jenin

Dan Mat Jenin pula masih di bawah pohon kelapa. Angan angannya akan jadi kenyataan sikit masa lagi kata Mat Jenin.

Penduduk kampung pula ada yang mula berbelah bahagi. Kami tukar dulu untuk masa depan anak anak kami, sekarang kamu semua pula sibuk berkelahi, memikirkan kuasa dan poket sendiri.

130 total views, 2 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam