Kita Tidak Berhak Menghukum

Tak faham, terangkan. Bukan ketawakan

Tak betul, nasihatkan. Bukan dikutuk

Tak tahu, ajarkan. Bukan dimarah

Tak jelas, jelaskan. Bukan dirumitkan

Tak mampu, usahakan. Bukan dimanjakan

Tak percaya? Renungkan

padam-dosa

Assalam.

Dewasa ini, ramai antara kita yang menghukum kesalahan orang lain dengan kata-kata bicara. Kalau nak dikirakan, mulut dan lidah manusia memang jahat tambah lagi kita yang bangsa Melayu ni. Kan kan kan.

Setiap orang ada perangainya masing-masing. Tak semua orang sikapnya sama. Rambut sama hitam hati siapa tahu. Setiap orang ada sisi hitamnya sendiri.

Namun kita juga kena tahu, bukan hak kita untuk menghukum. Sebab kita juga makhluk.

Seorang ilmuwan bercerita, datang seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada beliau; “Tuan, adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?”. Beliau beritahu kepadanya: “Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka.
Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya. Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka. Pahala menyumbang ke arah syurga. Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibubapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain. Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga. ALLAH yang Maha Adil akan menimbangnya dan menentukannya.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge