Majlis kenduri, gotong-royong dan mentara

Yes! Balik kampung lagi. Aku ada dua jemputan kenduri kahwin yang perlu dihadiri di kampung halaman. Sabtu ini saudara belah isteri aku kahwin. Ahli siak masjid di kampung. Hari Ahad pula kawan aku sejak 16 tahun dulu mendirikan rumahtangga.

aktiviti mentara dalam penyediaan masakan kenduri

Aktiviti mentara dalam penyediaan masakan kenduri

Bulan March ni saja aku dah dua kali balik kampung. Memandangkan aku dan isteri asal satu kampung, aku tak kisah sangat balik kerap-kerap. Lagi aku suka ada la. Hehe. Jarak rumah kami lebih kurang 500 meter je. Memang lawak bila dingatkan balik, kami tak pernah bertegur sapa sejak kecik. Tak rasa ada magnet pun antar satu sama lain. Wife aku ni classmate adik aku. Adik aku pun gelak bila tanya dia nak panggil wife aku apa, ‘kakak’ ke ‘hang’ je. Hahaha. Kalau dah jodoh kata Ustaz Kazim Elias.

Aku suka bila ada saudara mara yang buat kenduri. Masa tu lah kita nak jumpa insan-insan yang lama tak nampak rupa. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Sambil tolong-tolong tu boleh jugak beramah mesra. Penanggah atau nama lainnya seperti yang disebut di kawasan utara tanah air iaitu ‘mentara’ merujuk kepada pelayan majlis. Kebiasaannya penanggah hanya boleh dilihat ketika kenduri kahwin atau kenduri kesyukuran terutama di kawasan kampung. Penanggah sinonim dengan kenduri yang dilakukan secara rewang atau gotong-royong oleh sanak-saudara mahupun jiran tetangga

Jika ditanya orang lama, mereka pasti akan berkongsi kisah dengan menyatakan budaya saling bantu membantu ini sudah wujud sejak sekian lama. Selain boleh mengeratkan hubungan, mentara juga mampu menceriakan suasana majlis dengan riuh rendah suara mereka.

Kumpulan pelayan majlis ini pada asalnya bertujuan untuk membantu melancarkan perjalanan sesebuah majlis namun lama kelamaan ia menjadi amalan baik sekali gus dipraktikkan dalam kehidupan seharian masyarakat terutama di kawasan luar bandar. Pun begitu, masyarakat bandar yang mengamalkan majlis secara rewang juga tidak terkecuali mengamalkan budaya turun temurun ini.

Penyediaan masakan

Penyediaan masakan

Mentara tidak hanya tertumpu kepada orang tua tetapi ia lebih terarah kepada anak muda kerana merekalah yang lebih bertenaga untuk mengangkat dulang makanan, hidang ataupun memberi bunga telur dari meja ke meja.

Walaupun kini teknik persiapan kenduri dan aktiviti mentara dah diubah sedikit mengikut kesesuaian masa, ‘feel’ gotong-royong tu masih ada. Aku bersyukur kerana sempat lagi merasa era gotong-royong kenduri diurus penuh oleh mentara. Tak ada katering macam sekarang ni. Semua orang kampung yang buat. Letih rabak tapi memang best. Waktu tu aku zaman baru bersunat, budak-budak lagi. Jadi kerja yang aku layak isi hanya basuh pinggan. Kalau nasib baik sikit dapat tugas bacuh air. Kira bangga habis dah waktu tu.  Selesai majlis kenduri dapat upah RM10. Besar nilainya bagi aku zaman tu. Tak ikhlas betul dulu. Hahaha!

Aku harap budaya ini mampu kekal untuk anak cucu aku merasainya.

 

615 total views, 3 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam