Masih jerebu: Tak jadi ke pasar

Awal pagi tadi, hujan turun di tempat aku. Dan aku pasti langit pasti akan lebih cerah dari semalam. Dah berapa hari aku kurangkan aktiviti luar. Baru semalam aku dapat ziarah abang ipar di Seri Kembangan setelah niat tu tertangguh minggu lepas.

suasana jerebu di seluruh Malaysia

Suasana jerebu di seluruh Malaysia

Rata-rata orang ramai di Kuala Lumpur mengucapkan syukur dan berharap agar hujan tadi dapat memulihkan kualiti udara Malaysia. Namun, langit tidak selalunya cerah. Kusangkakan cerah berpanjangan, rupanya jerebu masih lagi mengundang. Hutan mana pulak la yang terbakar ni. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat pukul 10 pagi tadi menunjukkan beberapa peningkatan bacaan IPU terutamanya di Banting. Hmm, KL pasti kena tempiasnya.

Singapore Weather Information Portal

Maklumat titik panas terkini (credit: MSS)

Maka terpaksalah aku batalkan nak pergi pasar pagi kat tapak Uptown Danau Kota. Bukan apa, serius memang rasa lain macam kat tekak bila terdedah dengan jerebu ni. Aku dah kena kahak hijau seminggu. Gatal tekak garau suara. Cukup la. Pakai mask pun masih terasa lagi. Walaupun aku suka pergi pasar tu. Barang  dapur basah dan kering hampir semua ada di situ. Ikan-ikan pun murah.

Tak apa. Jangan merungut. Semua ni ujian Tuhan untuk kita. Mungkin fenomena jerebu ni ada hikmahnya di sebalik kejadian. Dan sambil itu jangan juga kita lupa untuk berdoa agar pesawat MH370 segera dijumpai dan mereka yang terlibat berada dalam keadaan selamat.

Malam ni kita tengok game Man Utd vs Liverpool. Siapa yang masuk gua. Hahaha.

424 total views, 2 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam