Mengapa Produk Apple terlajak laris

Apple, walaupun bilangan penggunanya jauh lebih rendah berbanding dengan Windows, namun Apple jelas masih menggegarkan dunia IT dengan produk-produk yang inovatif dan kreatif. Keberkesanan Apple melahirkan produk-produk menarik di pasaran dunia meninggalkan kesan begitu viral dalam komuniti perniagaan, mahu pun pelanggan individu.

Aku adalah salah seorang pengguna setia Android. Sejak telefon pintar diperkenalkan di Malaysia Android menjadi pilihan aku selepas Symbian. Dah banyak peranti aku guna sejak bertahun dulu dan aku masih setia dengan Android.

Ini terbukti dengan wujudnya jenama-jenama tersohor dunia menjadikan produk mereka “seiring” dan “compatible” dengan peranti yang dikeluarkan oleh Apple. Contoh yang nyata ialah di mana kebanyakan pembuat jenama kereta teroshor dunia seperti Mercedes dan BMW, menyediakan “port” atau soket untuk peranti Apple seperti iPod. Banyak lagi produk berjenama mengikut trend sebegini.

Dan aku masih lagi tak ambil kisah pasal pelancaran produk Apple dua hari lepas.

Kenapa? Sebab sekali terjebak dengan produk Apple, pasti tak akan pandang produk lain lagi.

apple-vs-android-vs-windows

Kita sedia maklum dalam dunia teknologi sekarang gergasi peranti mudah alih beroperasi secara bebas antara satu sama lain. Saling tidak bergantung dan meniru. Misalnya Apple dengan produknya manakala Google dengan sistem operasinya. Masing-masing ada haluan sendiri.

Memang unik.

Tapi kenapa produk Apple terlajak laris setiap kali pelancaran? Apa yang best sangat jenama buah Apple tu?

Mari kita kaji…

Kuasa Dominasi

Apple memiliki kemampuan untuk mendominasi dalam setiap sektor yang diorang pilih. Tak kira lah yang berada di komputer rumah (Mac), muzik (iPod, iTunes) atau telefon bimbit (iPhone). Mereka masuk ke sektor tersebut dan seterusnya mereka mengunggulinya dan menjadi peneraju hakiki.

Ciri dan Fungsi

Apple selalu memiliki kemampuan untuk mewujudkan permintaan untuk produk yang sebelum ini pernah terfikir oleh sesiapa pun. Sebagai contoh, kejayaan asli dari peranti iPod dan iTunes. Sebelumnya, pelanggan hanya mendengar muzik bersandarkan kepada CD atau radio.

Penemuan iPod dan iTunes membolehkan pelanggan untuk mendengar muzik tanpa memerlukan CD. Dan kehadiran iTunes memboleh muzik diakses tanpa batasan dan dengan mudah dapat disimpan di komputer dan iPod.

Berani Berinovasi

Kunci inovasi adalah kemahuan dan keinginan untuk menjadi berbeza. Setiap produk yang mereka keluarkan dan pasarkan berjaya dijual sekelip mata dan produk tersebut terus menjadi popular. Apple tidak takut untuk mencuba sesuatu yang pernah terdengar sebelumnya. Keberanian ini sebenarnya telah menjadi identiti dan sinonim dengan Apple.

Mampu mencapai skala pengguna yang amat besar

Apabila Microsoft terus menyasarkan pelanggan mereka terhadap golongan dan sektor perniagaan, Apple menyasarkan teknologi mereka terhadap pengguna dan pelanggan awam, yang merupakan pasaran yang jauh lebih besar berbanding dengan sektor perniagaan.

Mungkin faktor terbesar Apple ialah skala pengedarannya. Apple bukanlah satu-satunya syarikat yang menerapkan idea-idea terbaik ke dalam setiap produk diorang. Tetapi menghasilkan telefon yang terbaik tak menjamin korang dapat jual laku terlajak laris. Beberapa ciri (seperti NFC) hanya benar-benar mengena taktik jika banyak orang guna fungsi tu.

Design produk

Apple mengeluarkan desain tersendiri dan hampir setiap desain yang di keluarkan mereka mendapat respon pengguna yang baik di pasaran. Kerana alasan desain sahaja, pengguna lebih gemar menggunakan iPhone berbanding produk lain.

Pada faktor rekabentuk Apple selalu mengutamakan ciri produk kelas atas dan tidak lepas dari teknologi yang gunakan pada setiap produk baru mereka

Kualiti Produk

Kualiti dari setiap produk apple memang terbaik. Kerana semua produk yang diorang keluarkan memiliki kualiti premium start dari dari bahan di gunakan pada produk, sampai ketahanan produk.

Ramai pengguna mengaku sangat puas dengan kualiti produk apple. Aku tak nak cerita pasal daya tahan bateri, tak pernah guna..

78 total views, 6 views today

Comments

  1. says

    Salam Hormat Bro.

    Sebenarnya kalau betul-betul nak pakai produk apple nih biar kaji betul-betul sama ada ia sememangnya keperluan kita selain alasan “ada duit” untuk beli produk apple.

    Seperti saya menggunakan macbookpro untuk kegunaan multimedia. Namun handphone hanyalah dari platform android sahaja.

    Peace & Respect :)
    hafidzramli telah menulis…Hot Wheels: Datsun Bluebird 510My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam