Orang Malaysia Antara Golongan Paling Kuat Bekerja Di Dunia

VersionBM02-06Pg3-723x1024

Wahai rakyat jelata sekalian. Ingatlah

 1. Kerja tidak pernah siap. Esok masih ada.

Adakalanya, kita perlu bekerja lebih masa untuk menyiapkan tugas namun ini tidak seharusnya menjadi kebiasaan. Anda tidak perlu terus berada di pejabat selepas tamat waku bekerja. Membiasakan diri untuk bekerja lebih masa sebenarnya tidak ideal – ia tidak bermakna anda lebih produktif (kerja anda sudah selesai, pulanglah sebelum jam 6! Ingat: esok masih ada) atau kurang produktif (anda memerlukan masa yang lebih panjang untuk menyiapkan tugas berbanding rakan-rakan sekerja yang lain)? Work smart, don’t work hard. Tak guna berjaya dengan bodek bos nak tunjuk rajin. Banyak lagi cara nak naik pangkat kan. Don’t be pooooserrr bebeh.

 2. Tiada gangguan pada hujung minggu.

Jangan bawa kerja ke rumah melainkan mustahak tahap tak tahan nak buang air. Sekiranya perlu bekerja pada hari minggu, saya cuba limitkan masa yang digunakan supaya hujung minggu saya masih efektif. Buat apa yang perlu sahaja dan selesaikan selebihnya di pejabat. Jangan jawab panggilan telefon mengenai kerja, sebaliknya hantarlah pesanan ringkas atau emel.

 3. Makan bersama keluarga.

Bukan senang nak makan semeja dengan keluarga hari – hari kan. Hargailah 2/3 masa dalam sehari anda. 1/3 dah kerja. 1/3 rehat. Balance nya tu lah nak bersama anak isteri. Bukannya suruh makan sepanjang 8 jam tu. Tapi di meja makan la selalunya kita jadikan mesyuarat tidak rasmi keluarga. Ala-ala dewan rakyat gitu.

4. Jangan bekerja ketika bercuti.

Eh! Hari ahad hari aku tido lepas sembahyang Subuh. Hari nikmat cuti aku. Anda pun, jangan ubah rancangan ketika bercuti hanya kerana anda perlu menerima panggilan penting dari pejabat. Kalau tak dapat selesai dengan menjawab telefon atau emel, bagitau mereka di pejabat bahawa anda memerlukan masa untuk menyiapkannya. Sebarang tugas biasanya boleh ditangguhkan melainkan benar-benar kritikal. Buang rasa bersalah jika mengambil cuti. Cuti kan hak kita.

Tapi ingat juga, kerjaya kita tu kan cara kita cari rezeki. Jangan sampai kita busukkan periuk rice cooker kita tu. Biar seimbang.

credit to: Aida Sue

p/s: Pantun dua kerat saya :

Ikan Sepat Ikan Bawal

Saya suka pi kerja lambat balik awal..

peace yawww! hahaha

Post Comment

CommentLuv badge

Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

%d bloggers like this: