Pemberi dan peminta sedekah

Peminta sedekah atau penggemis. Suatu yang biasa kita nampak di sekitar kota Kuala Lumpur. Dan hampir menjadi imej yang tipikal untuk ibu negara kita. Kelibat mereka hampir ada di mana-mana tumpuan masyarakat di kota.

Namun berhakkah kita membina persepsi bahawa golongan ini tidak bagus, merimaskan, bawa imej buruk dan sebagainya. Nyata sekali ia terpulang kepada diri masing-masing. Bukan kita tak tahu tekanan kewangan sekarang memang hebat. Tepuk dada, timbang akal, tanya selera.

peminta sedekah

Memang terkadang ada juga yang peminta sedekah yang kelihatan meragukan. Dari penilaian visual kita boleh menganggap dirinya sihat walafiat tapi kenapa memilih untuk hidup meminta? Awat dia tak kerja saja? Apa peminta sedekah sudah jadi profession ke sekarang ni?

Kalau kita tahu serba serbi cerita dan rahsia hidup orang tu, Ya; memang kita berhak kata apa saja. Tapi kalau satu habuk pun tak tahu, jangan mudah-mudah keji kutuk itu ini. Berdosa tau. Takmau bagi sudah. Lepas bagi tu, tawakal jela.

Ikhlaskan diri seboleh mungkin. Doa pada Allah S.W.T., andai benar dia dalam kesulitan, moga Allah bantu dia. Andai dia menipu, doakan moga dia diberi hidayah hasil dari duit kita tu. Hukuman dan balasan itu Allah yg tetapkan. Mudah-mudahan doa orang teraniaya menjadi doa yang mustajab. InsyaAllah.

Bagi golongan kurang upaya, kita kena faham, mereka ini tiada daya menjawat kerja normal sepertimana yang kita dapat. Mereka mengalami kesukaran dalam mencari sumber rezeki. Padahal boleh jadi kecekapan mereka ini boleh mengatasi kita. Siapa tahu. Tapi kerana stigma majikan yang melantik itu mewujudkan situasi diskriminasi itu terjadi. Mereka mahu pilih orang yang difikirkan layak sahaja untuk buat sesuatu kerja.

Ada juga peminta sedekah yang berbangsa asing, yakni bukan orang Malaysia. Tiba-tiba boleh jadi terdetik juga dalam hati, boleh percaya ke tu? Entah-entah sindiket penggemis. Kalau bagi duit nanti mengkayakan tauke dia je..

Meski timbul perasaan simpati kepada golongan ini, kadangkala kita boleh jadi musykil sama ada mereka meminta sedekah kerana kemiskinan hidup ataupun malas bekerja.

Pernah korang jumpa individu yang memungut derma di depan bank-bank. Strategik betul pilihan lokasi diorang kan. Baru-baru ni aku terbaca status di Facebook mempersoalkan kenapa hanya orang Melayu saja yang wujud memungut derma di depan bank macam ni. Termenung jugak aku bila ingat balik. No comment lah. Itu soalan dia. Bukan soalan aku.

Setahu aku jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memberi bantuan kepada kumpulan sasar yang tidak berkemampuan dan berkeperluan untuk meringankan kesulitan kewangan mereka buat sementara waktu ataupun sehingga suatu jangka masa mereka dapat berdikari.

Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Ada jugak perkhidmatan dari JKM yang membantu belia/beliawanis terutama anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan, menganggur atau terdedah kepada masalah sosial untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Memang banyak skim bantuan yang disediakan mereka.

Sedekah yang paling baik adalah sedekah yang diberi oleh seseorang yang punyai sedikit

473 total views, 1 views today

Comments

  1. says

    pernah orang Yapeim datang ke opis menerangkan pasal sedekah dan peminta sedekah…ketika kita makan datang orang minta sedekah sebaiknya bagilah sedekah dengan ikhlas..Allah dah tetapkan masa kita makan, masa itulah datang peminta sedekah…
    ema telah menulis…Permata Insan USIMMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam