Tips Penjagaan Rambut Lelaki

Bagi lelaki rambut merupakan sebahagian daripada penampilan. Rambut yang sihat, lebat dan berkilau dengan pemilihan gaya rambut yang tepat akan meningkatkan nilai ketampanan seseorang.

Penjagaan rambut adalah perkara yang dianggap remeh namun perlu dititikberatkan oleh setiap lelaki. Tapi tujuan yang paling utama rambut lelaki perlu dijaga adalah mengelakkan kebotakan. Aku sendiri tak berapa peduli bab rambut hingga kan keluasan dahi ni aku aku perasan dah semakin bertambah hari demi hari.

Walaupun ada banyak sebab berbeza mengenai keguguran rambut, tetapi ada juga faktor yang kita tidak boleh kawal. Corak kebotakan rambut lelaki, atau lebih dikenali dalam perubatan sebagai androgenetik alopecia, merujuk kepada penipisan rambut berbentuk M iaitu corak yang biasanya disebut apabila bercakap tentang lelaki yang botak. Lama-kelamaan, folikel rambut akan berubah dan mengecut, yang membawa kepada penipisan rambut. Walaupun banyak rawatan yang sedia ada, ia tidak menampakkan kesan 100% pertumbuhan rambut dan mungkin boleh menyebabkan pertumbuhan rambut yang perlahan. Ia juga bukan penyelesaian kekal untuk keguguran rambut.

vin_diesel

Brader Botak

Panduan Penjagaan Rambut Lelaki

#1: Tips untuk lelaki berambut panjang

Jangan ikat rambut semasa basah!

Rambut yang basah diikat  Rambut terkepam  Kelemumur menggunung di kepala  liang rambut tertutup  Rambut gugur  Nampak Vin Diesel bila tengok cermin

#2: Tips semasa rambut basah

Elakkan sikat rambut ya waktu basah. Sebabnya? Rambut semasa masa basah sangat sensitive. Keringkan rambut terlebih dahulu kemudian sisirlah mengikut gaya yang anda kehendaki.

Jadi, waktu basah tu juga lah anda nak menyikat rambut? Bila anda sikat apa akibatnya? Rambut anda gugur and final destination nya mungkin boleh botak!

#3: Tips pakai syampu kaum lelaki sahaja!

Makna kat atas tu janganlah anda lelaki dok sibuk nak pakai syampu perempuan. Rumusan shampoo perempuan memang khas untuk rambut perempuan. MaybeMungkin anda kena Tanya Thom Taw pakar rambut Sunsilk untuk keterangan lanjut. Hehe.

Dan kebiasaannya lelaki memakai gel rambut dan wanita pula tidak. Syampu perempuan ni memang bukan untuk orang yang pakai gel rambut.

Cuba anda bayangkin apabila lelaki menggunakan syampu perempuan, gel rambut yang anda pakai tu masih melekat di rambut menyekat liang rambut. Kesimpulannya, kesannya samalah, rambut gugur, kemudian boleh botak.

#4: Jangan cabut rambut depan anda

Jangan cabut rambut depan anda. Ada lelaki yang memiliki rambut jarang-jarang pada bahagian depan kepala suka menarik rambut di sekitar itu. Akibatnya rambut tidak tumbuh-tumbuh lagi dan mengakibatkan kebotakan.

#5 : Tips buat lelaki yang menggemari makanan ringan

Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi bahan kimia. Sebaliknya anda banyakkan makan buah dan sayur. Seperti yang kita tahu bahan kimia akan beri kesan yang teruk kepada badan. Antara kesannya adalah rambut gugur dan tidak tumbuh-tumbuh.

Kekurangan zat makanan umum atau beberapa kecacatan genetik atau biologi dan kekurangan dalam pengambilan nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut adalah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi / anemia, satu keadaan yangmenyebabkan badan tidak mempunyai sel-sel darah merah yang cukup . Sel-sel darah merah adalah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain - seperti vitamin B (khususnya B12) dan protein - dianggap menyumbang kepada keguguran rambut juga.

  • http://entripopular.blogspot.com Entri Popular

    memang menarik juga info ini..saya jenis yang tak kisah tentang rambut…