Peranan Jam Tangan kepada Lelaki

Bagi kebanyakan lelaki, jam tangan adalah aksesori utama untuk mereka. Ada sesetengah lelaki mementingkan harga jam tangan. Makin mahal, maka makin bergaya. Ada pula yang meminati nilai estetika dan sentimental yang ada pada jam serta mengumpulnya sebagai hobi. Jam tangan juga menjadi pilihan popular dalam senarai hadiah dan hantaran kahwin masa kini.

Omega-Seamaster

Omega Seamaster

Mungkin juga ada yang memerhatikan aksesori itu sebagai kayu ukur betapa tebalnya poket lelaki itu.

Peranan jam tangan yang paling terimpak adalah kita boleh menilai identiti, gaya dan persona sesorang lelaki melalui jam yang tersarung di tangannya. Mari kita selongkar apa ceritanya tentang jam dan lelaki :

1. Lengan tampak janggal tanpa aksesori

Ya, telefon bimbit di dalam poket anda itu memang ada fungsi paparan masa dan waktu. Tapi lengan anda itu masih perlu dipakaikan jam tangan. Jam tangan adalah barang kemas tunggal setiap lelaki selain cincin  (Ya saya sebut ‘barang kemas’). Bukan sahaja ia penting untuk penampilan; malah ia juga dapat menonjolkan siapa diri anda sebenarnya.

Jadi ketepikan kelebihan gajet dan teknologi buat seketika. Takkan nak kena keluarkan telefon bimbit dari poket setiap kali nak tahu masa.

Bayangkan jam tangan sepertimana tali leher: Lelaki yang memakai sut tidak lengkap tanpa memakai tali leher. Begitu juga pergelangan tangan anda.

2. Perihal jam tangan memang kompleks

Jika anda bersedia dan mampu melaburkan wang ringgit untuk memberi jam, anda perlu ambil tahu ciri-ciri penting yang ada pada sesebuah jam tangan. Aspek pemilihan jam tangan yang sesuai juga penting. Kenali lima terma penting berkenaan jam di bawah dan anda akan kedengaran seperti seorang pro jika menggunakan terma ini ketika berbual dengan apek tauke jam.

Water-Resistant (Ciri Kalis air)

Hampir semua jam mempunyai ciri water resistant. Namun tidak bermakna anda boleh berenang dan mandi sambil memakai jam tangan. Ciri ini ada kelasnya tersendiri. Untuk langkah selamat, anda hanya boleh berbuat sedemikian sekirannya water-resistant jam tersebut mempunyai nilai maksima 100m. Rujuk jadual di bawah:

jadual-kalis-air

Tahap Water Resistant Jam Tangan

Quartz (Kuarz)

Pergerakan jarum jam yang dijana oleh kuasa bateri dan dilaraskan oleh ayunan-ayunan satu hablur kuarza. Pusingan gear yang digerakkan oleh kuarza adalah yang paling tepat setakat ini.

Complication (Fungsi sampingan)

Fungsi lain selain paparan masa. Contohnya

Movement (Pergerakan jam)

Terma untuk jenis pergerakan gear dan rotor (pemutar) di dalam enjin jam tersebut. Ada dua jenis pergerakan iaitu mekanikal dan elektronik.

Self-Winding

Sejenis jam tangan  mekanikal yang mengandungi rotor dan pangsi yang sangat sensitive pada pergerakan. Pergerakan jam ini dijana oleh pergerakan pemakainya. Orang Malaysia gelar jam ini jam automatik.

3. Jam Tangan dan Gaya

Jam tangan yang melekat di pergelangan tangan anda itu perlu ada keselarian dengan pakaian yang anda sarung. Jangan hentam semborono agar anda tidak kelihatan seperti badut. Dan seperti biasa, faktor umur turut diambilkira. Bayangkan saya yang suami orang ni pakai jam Ben 10.

Di bawah adalah panduan yang mungkin berguna untuk anda

A. Sekiranya anda memperagakan jam bertali kulit, ianya lebih seimbang jika warna berpadanan dengan warna  tali pinggang atau kasut anda.

B. Jika anda seorang yang aktif beriadah ataupun seorang atlet, pakai jam yang konsistent dengan personaliti diri anda. Kerana jam tangan juga berperanan dalam mempamerkan identiti diri anda juga.

C. Seutas jam dengan latar pemuka hitam atau putih datar adalah yang paling mudah disesuaikan dengan semua jenis dan warna pakaian.

D. Akhir sekali, jika anda menghadiri majlis formal, kenakan seutas jam tangan yang kelihatan formal juga. Tinggalkan jam dwi-kompas Suunto anda itu di rumah.

Lagi satu, pakailah jam tangan mengikut occasion yang kena tempat. Kalau pergi masjid tu, elakkan pakai jam tangan yang boleh berbunyi-bunyi. Kalau masih tak solat, kita masih boleh matikan. Tapi kalau dah solat? Terlupa nak matikan bunyi? Banyak contoh kan dah kita lihat dan dengar. Bagi aku ia agak biadap dan mengganggu jemaah lain. Apatah lagi kalau dia duduk sebelah.

4. Jam Tangan dan Harganya

Anda tidak perlu membelanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk membeli jam tangan melainkan anda mampu. Terdapat banyak jam tangan sesuai yang ditawarkan pada harga berpatutan. Tidak perlu berlebihan dalam berbelanja jika anda hanya perlukan fungsi paparan masa sahaja. Jenguklah Uptown, Downtown, Pasar Karat dan tempat-tempat lain yang ada jual jam pada harga mampu milik. Zaman barang serba mahal ini seeloknya kita elakkan pembaziran. Bukan boleh makan pun jam tu.

5. Tali Jam

Pemilihan tali jam juga penting. Ada tiga jenis tali jam yang utama iaitu kulit, bracelet dan getah. Dan jangan terkejut, tali sintetik getah semakin mendapat tempat di lengan jejaka buat masa ini.

Faktor dalam memilih jenis tali jam adalah aktiviti seharian, kesesuaian kerja, gaya dan penerimaan kulit pergelangan tangan (jika ada alahan). Jika aktiviti seharian anda banyak melakukan kerja berat dan lasak pakailah tali jenis resin atau getah sintetik.

tissot-t-race-nicky-hayden

Tissot T-race Nicky Hayden (sumber Google)

6. Penjagaan Jam Tangan

Cara penjagaan jam tangan berbeza mengikut material badan jam itu sendiri. Segera hantar untuk diservis di kedai jam jika anda perasan ada yang tak kena dengan jam anda. Misalnya kronograf tak berpusing dan sebagainya. Janganlah gatal tangan nak pegang watak tikus membaiki labu.

Untuk jam casing stainless steel, untuk memastikannya sentiasa kilat (bahagian polished finishing) disyorkan anda beli kain khas yang digunakan untuk lap cermin mata.

Untuk jam bercasing resin (Casio banyak guna bahan ni sebagai badan jam), janganlah sekali-kali mencucinya dengan ‘thinner’ atau bahan yang menghakis. Casing jam akan rosak & cermin plastiknya bertukar kelabu. Sekiranya cerminnya bercalar, anda boleh polish dengan ‘autosol’ ataupun ubat gigi. Gosok dengan sekata sehingga calarnya hilang. Cara ini boleh diguna pakai untuk jam lama kerana kebanyakannya menggunakan cermin plastik.

Untuk bracelet pula, sekiranya anda tengok bracelet sudah nampak pudar, kotor & kehitaman di celah-celahnya, anda perlu cucinya dengan sabun. Tapi kalau boleh, anda tanggalkan dahulu bracelet dari casing kerana dikhuatiri air akan masuk walaupun jam adalah kalis air (sebagai langkah berjaga-jaga) & ini wajib dibuat sekiranya jam tersebut adalah jam lama (vintage).

Jam yang menggunakan tali getah juga boleh guna cara cuci bracelet. Tapi untuk tali kulit dinasihatkan tidak dicuci kerana tali kulit tu boleh menjadi kembang lama-kelamaan tali akan rapuh dan mereput. Cucilah dengan polisher khas yang dibuat untuk barangan kulit.

1,565 total views, 10 views today

Comments

  1. says

    Jam tangan adalah aksesori wajib untuk aku pakai sebelum keluar rumah..
    walaupun sekarang kita boleh tengok jam kat smartphone je… kadang2 tempat aku pergi tu x dibenarkan bawa telefon contoh cam kawasan sekolah… jadi terpaksalah pakai jam tangan nie…
    Mohd Ilham telah menulis…Hello world!My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam