Pesawat MAS MH17 terhempas di Ukraine

Lagi kepiluan buat rakyat Malaysia dan seluruh penduduk dunia. Pesawat Malaysia Airlines Boeing 777, MH17 terlibat dalam nahas dalam kawasan Grabovo di rantau Donetsk, 17 Julai, 2014. Kementerian Dalam Negeri Ukraine memaklumkan pesawat tersebut telah ditembak jatuh di timur Ukraine oleh militan pro-Rusia pada hari Khamis, yang mana telah mengorbankan semua 295 penumpang pesawat

Sungguh kita sedang diuji Allah S.W.T di bulan Ramadhan ini..

Malaysia-Airlines-Ukraine-terhempas

Maklumat terkini: 02:35 ET (Waktu Timur)

Agensi berita Rusia LifeNews telah memperoleh video eksklusif di lokasi kemalangan. Ia menunjukkan timbunan serpihan pesawat, gambar mangsa (dikaburkan) dan anggota keselamatan menyembur air pada bangkai pesawat. Video ini juga menunjukkan beberapa pasport dan pas penerbangan penumpang kapal.

Maklumat Terkini: 14:20 ET

“Ia kelihatan seperti ia mungkin satu tragedi yang dahsyat,” kata Presiden Obama mengenai kemalangan itu, sambil menambah bahawa AS sedang cuba untuk menentukan sama ada terdapat warga Amerika di dalampesawat.

“Itu adalah keutamaan kami.” “Amerika Syarikat akan menawarkan apa-apa bantuan yang termampu untuk membantu menentukan apa yang berlaku, dan mengapa,” katanya.

Maklumat Terkini: 01:55 ET

Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkata kerajaannya akan melancarkan siasatan segera mengenai kejadian tersebut, dan memaklumkan insiden tersebut adalah disebabkan “perbuatan pengganas.”

Syarikat penerbangan utama kini menghindar dari melalui ruang udara Ukraine berikutan tragedi yang menimpa MH17.

radar ukraine MH17

Maklumat: 13:21 ET

Rakaman di bawah ini dari tempat kejadian, menunjukkan asap berkepul ke udara sejurus pesawat MH17 terhempas.

Maklumat: 01:17 ET

Presiden Rusia Vladimir Putin telah menyatakan “takziah ikhlas” kepada Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, menurut laporan akhbar Rusia-RT.

RT juga melaporkan bahawa Putin telah menghubungi Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan serta-merta melalui telefon untuk bercakap mengenai kemalangan itu.

Lagi foto dan video tragedi MH17

Emergencies Ministry members work at the site of a Malaysia Airlines Boeing 777 plane crash in the settlement of Grabovo in the Donetsk region Malaysia-Airlines-Ukraine-MH17-Crash-04 Malaysia-Airlines-Ukraine-MH17-Crash-05 Malaysia-Airlines-Ukraine-MH17-Crash-07

Malaysia-Airlines-Ukraine-MH17-Crash-01

403 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam