Pulangan Pelaburan Melebihi 2000% Setahun

Assalam.

Aku memang suka sangat membaca. Alhamdulillah pada umur 4 tahun aku dah boleh membaca sepenuhnya. Dulu waktu kecil, kawan-kawan mama aku hairan bila tengok aku gelak sorang-sorang bila majalah Gila-gila dekat tangan aku. Diorang tanya mama aku betul-betul faham ke gelak sebab tengok gambar je. Mama senyum je.

Kali ini aku nak tulis satu entri pasal giveaway yang mana hadiahnya aku sangat lah berminat iaitu buku bacaan. Sesuai dengan misi aku tahun ni, memenuhkan rak buku di rumah.

Pulangan Pelaburan

Melalui membaca seseorang itu akan mendapat pelbagai faedah untuk diri sendiri.Antara kebaikan membaca ialah seseorang itu dapat meluaskan ilmu pengetahuan tentang isu-isu semasa seperti ekonomi,politik,dan sosial.Ibubapa pada hari ini memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan masyarakat yang suka membaca dan berilmu pengetahuan.Ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan ilmiah serti Dewan Pelajar,Al-Risalah dan sebagainya bagi memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak mereka dari kecil lagi.Hal ini, dapat mereka jadikan sebagai amalan yang sihat apabila mereka dewasa kelak.

Selain itu juga,melalui membaca kita dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Remaja zaman sekarang seakan sudah hilang minat membaca kerana mereka lebih gemar menghabiskan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,lumba haram,bercampur lelaki dan perempuan tanpa megira batas-batas agama dan sebagainya.Oleh itu,berlakulah gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang akan merosakkan negara kerana remaja masa kini adalah tonggak negara.

Jadi jika anda pun berminat mahukan buku percuma, silalah lawati blog bro anuar ye. Lagipun ada entri yang aku rasakan sangat menarik di situ. Cepat sebelum terlambat. Masih banyak buku untuk diberi percuma.

260 total views, 1 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam