Review filem Need for Speed

Petang tadi selepas selesai solat Jumaat, aku terus ke MBO Ampang untuk menonton filem Need for Speed bersama seorang rakan baik aku. Takkan aku nak tonton sorang je kan. Jadi aku paksa kawan aku ni teman aku, walaupun dia tengah sibuk mengecat rumah. Haha kejamnya aku.

Need for Speed

Need for Speed

REVIEW DAN JALAN CERITA

Daripada tajuk ‘Need for Speed’ itu sendiri for sure kita tahu bahawa filem ini diadaptasikan daripada francais permainan video perlumbaan kereta paling legend tu kan. Mereka yang lahir selepas tahun 90-an pastinya pernah mencuba permainan video ini. Siapa tak pernah main Need for Speed angkat tangan? Ya, anda perempuan. Pengecualian untuk anda. :)

Need for Speed mengisahkan Tobey Marshall  (Aaron Paul dari siri Breaking Bad) yang mengusahakan sebuah workshop muscle car yang diwarisi oleh mendiang bapanya. Perniagaan beliau bermasalah kerana keberhutangan yang tinggi dan beliau memerlukan sejumlah wang yang besar bagi memastikan bengkel tersebut tidak disita bank. Aku perasan suara Aaron agak garau dalam filem ni. Lain dari suara beliau dalam Breaking Bad.

Dalam masa yang sama musuh lama Tobey, Dino Brewster (Dominic Cooper) datang memberi tawaran kepadanya untuk membina semula sebuah kereta Ford Mustang dengan nilai yang besar bagi beliau. Memikirkan masalah kewangan bengkelnya Tobey menerima tawaran walaupun rakan-rakannya menyatakan keraguan dengan Dino. Malangnya dituduh menyebabkan kematian rakannya, Pete dalam kemalangan pada satu perlumbaan jalanan tidak dirancang, di mana penyebab sebenar kemalangan tersebut adalah musuh ketatnya, Dino Brewster. Beliau terlepas hukuman kerana melarikan diri dan tiada saksi menyebabkan tidak cukup bukti untuk menuduhnya.

Apabila dia keluar, dia berazam membuktikan dia tidak bersalah dan ingin memenangi perlumbaan De Leon. Perlumbaan De Leon adalah perlumbaan rahsia yang dianjurkan oleh Monarch (Michael Keaton – Batman & Batman Return). Untuk itu Tobey perlu memandu lebih dua hari ke California untukmenyertai perlumbaan tersebut.

Halangan : Tobey memerlukan kereta. Tetapi ada penyelesaian: Eksekutif jualan kereta berbangsa British, Julia (Imogen Poots) membolehkan Tobey memandu Mustang binaan beliau dengan syarat dia boleh menemaninya dalam pelayaran merentas desa ke California. Tanpa disangka, Dino telah menawarkan hadiah kepada sesiapa yang boleh menghalang Tobey dari sampai ke California. Siapa yang pernah main Need for Speed: The Run mesti perasan plot ni.

Need For Speed Movie Mustang

Need For Speed Movie Mustang (Photo credit: richcz3)

Aksi Julia yang mempesona – happy go lucky –  loghat England beliau dan senyuman menarik membawa seri dalam filem ini. Rakan-rakan baik Tobey turut memainkan peranan. Ada yang bertugas sebagai pemerhati di udara sebagai juruterbang yang kelakar. Dan dua lagi rakannya memandu sebuah trak yang menjadi backup di daratan. Telefon bimbit dan papan pemuka akses Internet telah menggantikan radio di dalam kereta. Macam dalam game kan.

PRODUKSI

Namun ada satu perkara yang layak dipuji dalam filem ini , iaitu penggunaan kereta sebenar dan kesan bukan CGI. Rakaman kereta saling menghimpit antara satu sama lain dan juga gantungan Forf Mustang yang dihantar melalui udara oleh helikopter di atas Sungai Colorado membuat filem ini mampu menyaingi Fast & Furious. Banyak pelakon lagak ngeri meletakkan nyawa mereka pada risiko untuk menghasilkan filem ini. Dan pengarah juga tidak lupa menerapkan nilai kemanusiaan.

KESIMPULAN

Kebaikan:

- Koreografi pemanduan kereta yang mendebarkan

- Mutu produksi yang baik

- Filem yang panjang, tetapi berisi

- Kemusnahan kereta supercar yang banyak. (jarang kita dapat lihatnya).

Keburukan:

- 75% filem ini berkisarkan perjalanan Tobey ke tempat mula perlumbaan. Perlumbaannya hanya mengambil masa 15-20 minit filem sepanjang 2 jam ini

- Lakonan pelakon tambahan yang kaku terutamanya anggota polis

- Ketara mempromosikan Apple CarPlay (sistem hiburan dan navigasi Apple untuk kereta).

Need For Speed merupakan sebuah filem yang menghiburkan, walaupun ia jelas tidak dapat menandingi francais filem Fast and Furious. Tiada harapan memenangi mana-mana anugerah, tetapi siapa yang gilakan permainan video Need for Speed wajib menonton filem ini.

Rating : 3.5/5

488 total views, 3 views today

Comments

  1. says

    Bila bro review cita ni baru aku terasa nak tengok….. walaupun hanya yang cetaksamun. Aku bukan peminat game, tapi kan bila ada pekerja lagak ngeri yang sanggup menggadaikan nyawa buat cita ni nampak real, aku suka.
    Amran telah menulis…Bukan Susah Nak Jadi GlamourMy Profile

  2. says

    selalunya bagi peminat games yg dibawa ke layar wayang, aku agak kecewa disitu, tp dari segi filem bagi aku ok. Dalam banyak banyak games NFS aku paling suka zaman “Hot Persuit” dan Underground kerana zaman itu nama NFS mula naik, zaman games lumba kereta mula popular dan zaman dimana PC dan kad grafik juga mula naik. Senang cerita orang yang hidup pada zaman “perubahan teknologi” akan terasa kerinduan dia pada waktu itu, betul x
    myrujukan telah menulis…Kajian Cara Meningkatkan Earning Google Adsense Part 1My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam