REVIEW Game terbaru FLAPPY BIRD

Flappy Bird adalah permainan terbaru yang kini mengungguli carta permainan paling banyak dimuaturun minggu ini. Game yang dibangunkan oleh .GEARS Studios kini menjadi fenomena sejak ia mula masyhur di media sosial. Dah boleh lawan Candy Crush ni. Apa yang hebat sangat pasal game ni. Mari kita ushar.

flappy-bird

Bagaimana nak main Flappy Bird
Cara permainan Flappy Bird mudah je. Anda mempunyai seekor burung di skrin dan perlu mengawal burung ni terbang ke atas dan ke bawah . Latar belakang akan scroll secara berterusan dan anda perlu kawal Flappy Bird melalui jurang yang dibuat oleh paip hijau besar. Lebih kurang macam Super Mario yang kita main guna katrij dulu. Memang legend. Haha.

Jika Flappy Bird melanggar paip, atau tanah, GAME OVER . Anda akan memperolehi mata untuk setiap jurang anda lepasi.

Flappy Bird akan mengecewakan anda pada cubaan pertama. Aku dah kena. Anda akan mula dengan merempuh paip pertama.  Geram aku. Selepas beberapa game barulah cecah tiga atau empat mata. Dah dua tiga jam anda mungkin capai top 20. Anda mungkin tertanya-tanya mungkin jika cuba tap dua kali dapat melepasi laluan sukar. Takde. Tiada kaedah khas di sini. Kebanyakannya nasib dan bagaimana powernya respon dan tindak balas anda.

Jarak antara paip sempit, membuatkan kawalan anda ke atas Flappy Bird jadi janggal dan serabut. Rekod Flappy Bird aku cuma 19 paip ; kita bayangkan berapa ramai orang menyerah selepas hentam paip pertama kan. Hahaha.

flappy-bird-2

Aku tak tahu macamana ada orang boleh dapat point tinggi. Sama ada mereka mempunyai hack atau memang terer . Mungkin mereka dapat satu hack atau cheat untuk life yang membolehkan mereka kekal hidup lepas langgar paip. Tak tahulah.

Ia mungkin mengecewakan (dan mudah untuk membenci), tetapi Flappy Bird pasti akan berjaya buat anda ketagih. Dari segi reka bentuk permainan, ia cemerlang dalam kesederhanaan. Try dulu baru tahu.

Download Flappy Bird di Google Playstore

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge