Revolusi seorang bakal BAPA

image

Assalam.

Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Tak pernah aku jejakkan kaki ke sini sebelum bergelar suami. Ni kali pertama. Disebabkan wife dah preggy disebabkan buatan orang, dan orang itu adalah aku sendiri. Jadi ianya tanggungjawab aku untuk menemani beliau membuat lawatan ke sini.

Mulanya aku rasa risau, mesti kena tunggu lama punya kat sini. Biasalah kan, pendapat tipikal Malaysian citizen terhadap perkhidmatan kerajaan. Memang la kena tunggu lama, sebab orang yang datang buat temujanji kat sini dah memang ramai. So, keep calm and don’t complaint.

Tak apa, ramai baby comel dalam ni. Yang boleh aku sakat-sakat, melawak-lawak. Aku bukan pedophile. Tapi aku memang suka main ngan budak-budak. Selain senyuman sang ibu dan isteri, aku rasa damai melihat senyuman si kecil. Semoga anak aku yang bakal lahir nanti sihat walafiat.

Tangisan si kecil menjadi soundtrack dalam klinik ni. Ruangnya dah memang besar macam dewan. Walaupun dah ada pendingin hawa, kipas dinding terpasang di hampir setiap sudut. Dah macam mod taufan aku rasa kipas tepi aku ni.

Okay lah. Aku nak keluar merokok kejap. Bosan juga menunggu ni. Doakan kandungan isteri aku sihat ya. Peace yaw!

Wassalam

Comments

    • azlanvai says

      AlhamdulIllah.. InsyaAllah..
      Kerana isteri mengandung ni saya mengadap banyak benda baru..isteri mual, sakit badan, mengidam.. macam-macam lagi la..
      Positif, semua itu rahmat.. ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge