Satu Penghormatan Salam Perpisahan

Teringat lagi saat perkenalan kita suatu waktu dulu. Dimana aku dihantar ke Kem Celik IT oleh pihak sekolah. Masa tu umur aku baru 15 tahun. Masih jakun dengan dunia luar.

Kau lah yang paling mesra dengan aku pada waktu tu. Bersemangat betul aku nak berkenalan dengan kau masa tu. Walaupun bahasa ibunda kita berbeza, aku masih boleh faham macamana nak berinteraksi dengan kau. Aku guna jari saja kau dah faham apa kehendak aku. Kau memang bagus.

Sepanjang perkenalan kita banyak cerita manis kita lalui. Kita semakin rapat. Aku jadi lupa dunia luar. Dengan adanya kau, aku jarang ke panggung wayang. Kita tengok filem sama-sama. Berlumba kereta bersama, berperang pun bersama. Buat assignment berdua saja.

Kau banyak bantu dalam hidup aku. Seingat aku sampai tahun 2007 kita tinggal bersekedudukan sebilik. Mama dan Abah aku tak pernah menghidu perhubungan kita. Memang lama kau setia dengan aku.

Kau jarang buat masalah. Setakat kena virus selsema dengan cacing kerawit aku boleh setel lagi. Tapi kenangan paling lawak bila kau terkena penyakit kangen dari Indonesia. Hahaha. Rindu kat siapa entah la. Kurang ajar betul pereka virus tu.

Tapi sekali kau buat hal, memang serabut aku. Tambah lagi bila kau tukar muka jadi biru tua tu. Lepas tu cakap merepek-repek tulis benda yang langsung aku tak faham pun. Hui rasa nak hempas saja.

Maaflah aku bukan seorang kawan yang parasit tapi hanya kaulah yang aku reti pergunakan dan kaulah saja yang sedia berkhidmat untuk aku pada waktu tu. Nak beli jenama buah epal kena gigit tu aku tak mampu. Eleh bukan percuma pun aku pakai kau, aku bayar kot. Tauke kau Mr. Bill tu yang cekik darah. Mujurlah maintenance percuma.

Pertemuan itu harus, perpisahan itu mutlak.

Tahun 2007 mencatatkan tarikh perpisahan kita yang pertama. Aku dah temui pengganti baru. Adik kau, ‘Tingkap-tingkap Vista’ namanya kalau dalam bahasa Melayu. Memang pelik namanya. Eh senyum dia ya. Apa kau ingat nama kau pun elok sangat?

Pengganti kau ni memang kuat penyakit. Berdiri sendiri pun tak stabil. Terhuyung hayang. Kuat penyakit. Dah berapa kali aku guna ubat yang disediakan staff Mr Bill, masih sakit lagi. Memang mereng adik kau ni. Huru – hara kerja aku dibuatnya.

Bila dah tension sangat aku kembali ke pangkuan kau. Terima kasih sekali lagi. Kau memang bagus. Antara adik beradik kau yang lain, kau lah yang paling legend. Motor Yamaha Lagenda pun kalah dengan kau kalau berlumba.

Sayang jodoh kita tak kekal panjang. Walaupun hari ni aku tinggal sebumbung dengan adik bongsu kau, ‘Tingkap-tingkap 8 Perpuluhan Satu’, aku masih mengenang jasa kau sampai ke hari ini. Mujur adik kau setakat ni bagus, tak pernah lagi buat hal. Boleh aku cuit-cuit muka dia dengan jari pulak tu.

Hari ini pihak syarikat Microsoft secara rasminya menamatkan perkhidmatan sokongan untuk kau.Tiada lagi servis maintenance, tiada lagi kemaskini, tiada lagi ku dengar kidungmu.

Akan keceritakan kisah perhubungan kita pada anak keturunanku. Pastinya mereka tertanya-tanya siapa sebenarnya kau. Potret kita di bawah aku ku tampal di muka adikmu sampai lah aku jemu. Salam perpisahan.

Windows XP, it’s been an honor serving with you..

Windows-XP-Bliss-Wallpaper-Backgrounds

Windows XP

218 total views, 2 views today

Comments

  1. hairul says

    Terbaik bro..pasangan setia tu..tapi apakan daya..kita hanya merancang..ada yang baru, yang lama jangan lupa untuk dikenang..cewahh..aku pulak yang buat ayat bermadah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge