4

Servis kereta sempena balik kampung cuti Tahun Baru Cina

castrol magnatec

Cuti Tahun Baru Cina 2014 bakal bermula esok. Aku dan isteri masing-masing dapat cuti panjang. Nak melancong atau bercuti mungkin mampu tapi ada yang lebih bermanfaat pada kami rasanya. Jadi kami memilih untuk ziarah keluarga terdekat cuti kali ini. Kira macam raya jugak la kan.

Tak lupa juga aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada bangsa Tiong Hua dan Hakka di Malaysia. Happy Chinese New Year 2014. Semoga Tahun Kuda membawa pretasi kuda dalam hidup anda di tahun akan datang. Dan sama-samalah kita kekalkan kemakmuran yang kita kecapi. Biarkan dunia politik saja yang kecoh, tapi kita kekal damai dalam rumah kita.

Berbalik kepada perancangan aku dan isteri. Sebelum memulakan perjalanan yang jauh menyusur lebuhraya PLUS yang banyak membantu, maintenance kereta kena jaga jugak. Aku tukar minyak enjin dan minyak kotak gear. Mileage hampir sampai hadnya. Pilihan aku sejak dulu, Castrol Magnatec. Bukan sebab aku arif tentang kebagusan jenama ni, tapi kerana dah kerap tengok iklan Castrol sejak sebelum pakai kereta lagi. Haha. Kan pengaruh iklan tu. Kesan keyword iklan di TV.

Pesanan penulis kepada rakan-rakan di luar sana, rancang perjalanan anda dengan cermat. Servis kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Amalkan pemanduan berhemah. Ingat lah orang yang tersayang. Wah dah macam iklan. Kesan iklan lagi. Keyword lagi. Hahaha.

Kali ni kami akan ke selatan tanah air melawat adik aku dan kakak ipar. Rindu pada anak buah si genit Ryan Danish yang makin banyak gelagat. Asyik tengok gambar di Instagram bapaknya je. Rindu pula. Kebetulan kakak ipar aku pun tinggal berdekatan. Jadi sauk sekali lah. Bila lagi nak ziarah.

Habis di selatan kami bakal balik ke KL. Jenguk rumah sejam dua mungkin, lepas tu henyak balik kampung Parit Buntar. Yeyeah. Mentang-mentang Tahun Kuda. Aku perkudakan betul kereta aku tu. Untung la PLUS aku bayar tol kamu ye. Tak ada kamu susah juga aku nak ke sana ke sini cepat-cepat.

Okay lah. Cukup cerita sampai di sini. Bertemu lagi di entri akan datang.

azlanvai

Azlan adalah seorang penyokong setia kelab Manchecster United yang suka berkongsi cerita hidup, panduan,informasi serta tips-tips menarik. Beliau tidak terikat pada sebarang tujuan khusus atau rasmi. Terima kasih kepada anda kerana melawat blog ini

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge