Soalan untuk diri anda

soalanDalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar dengan siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian dan dugaan Allah ini?

- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?

- Apa yang belum aku selesaikan lagi?

- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?

- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Siapa sebenarnya yang perlu menyoal soalan-soalan ini untuk kita kalau bukan diri kita sendiri. Takkan lah nak harapkan ibu bapa nak tanya baru anda terfikir – Oh aku belum selesaikan itu, aku belum buat ini. Kena soal diri anda sendiri sebelum anda terlambat  seperti yang saya bincangkan dalam entri Perkara Yang Patut Anda Lakukan Sebelum Meningkat Usia.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit di fikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri.

Mereka mungkin berkata:

- Ah tak apalah. Dah nasib aku macam ni. Biarlah

- Ala orang lain lagi teruk dari aku

- Susah sangat nak buat. Tak payah lah.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita

- Mengubah fokus kita

- Memberi idea dan cara penyelesaian untuk kita

- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita

- Fikir fikirkan lah -

Comments

    • says

      entri ini sebenarnya juga peringatan kepada diri saya.. saya pernah terlalu lalai sehingga membawa impak besar dalam hidup. Alhamdulillah saya sedar dan InsyaAllah Tuhan pasti buka kan jalan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge