Terma baru untuk SEO: OC / DC [Infografik]

Assalam.

Bila aku sebut pasal SEO tentu ramai yang dah otai dan mahir tentang perihal ni kan. Cuba berbual dengan mana-mana pakar profesional dalam SEO dan anda akan mendapati mereka tidak hanya menghabiskan masa mengoptimumkan tapak blog untuk enjin carian. Malah, kebanyakan individu yang bermula sebagai pakar SEO telah beralih perkhidmatan mereka kepada aktiviti content marketing pula. Sebagai contoh, akhbar pun dah dijadikan medium promosi blog sekarang kan. Perasan tak.

SEO

SEO

Fikirkan : Apabila anda mengoptimumkan laman web anda, adakah ia hanya semata-mata untuk mendapat pagerank tinggi di Google … atau matlamat anda lebih luas daripada itu?

Sudah tentu, bagi kebanyakan blog, trafik dari Google adalah penting. Tetapi trafik juga boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti media sosial, blog yang berkaitan, dan sebagainya.

Adakah enjin carian satu-satunya sumber trafik berharga? Sudah tentu tidak.

Tapi jangan tersilap : teknik SEO masih lagi merupakan sebahagian daripada faktor dalam kempen content marketing. Tapi konsep content marketing itu sendiri sebenarnya lebih luas daripada isu SEO.

Memperkenalkan “OC / DC” – pengganti SEO

Aku nak berkongsi dengan korang apa itu Optimizing Content for Discovery and Conversion( OC / DC ) – pengganti kepada terma SEO. Konsepnya masih sama cuma terma nya sahaja yang diperbetulkan agar konsepnya lebih tepat. OC / DC ditakrifkan sebagai peranan bagi aktiviti-aktiviti SEO seperti yang biasa kita lakukan, di samping memperluaskan skop dan kebolehgunaan apa sahaja yang ada di internet. Sekarang adalah masa untuk OC / DC untuk menggantikan SEO dalam kamus pemasaran dalam talian.

SEO is Dead - Infographic
Kredit: Sukakan infografik ini? Dapatkan tips content marketing dari Copyblogger.

132 total views, 1 views today

Comments

  1. mrhanafi says

    benda ini amat menarik..pemahaman saya tentang isu ini ialah SEO bukan perkara tunggal yang menentukan trafik

    carian maklumat boleh didapati juga melalui media sosial dan media massa..perbetulkan jika jauh menyimpang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge