Tips menambah pengikut blog melalui Twitter

Tips : Bagaimana untuk mengautomasikan twitter anda, mengumpul lead, dan menambah pengikut twitter dan blog secara serentak

Assalam.

Kewujudan media sosial Twitter telah mengubah pandangan tentang dunia public relation (PR). Beberapa tahun yang lalu kita tak sangka media micro-blogging dengan keterbatasan 140 karakternya boleh menjadi alat yang efektif untuk membina jaringan sosial.

Image representing Twitter as depicted in Crun...

Image via CrunchBase

Aku terjumpa tips menambah pengikut twitter ini dari blog Daniel Sosa dan ingin kongsikannya dengan korang menggunakan penerangan yang mudah. Kesannya mungkin sikit tapi sedikit sebanyak mampu mempopularkan identiti blog kita di media sosial.

Sasaran - Terbitkan tweet yang bakal menarik pengikut Twitter, terbitkan kandungan secara automatik, dan kumpul alamat e-mel apabila mana-mana kandungan itu diklik. Semua langkah ini tidak menggunakan bot. Setiap tindakan adalah bersifat organik.

Langkah pertama - Langkah pertama adalah untuk melawat laman Buzzfork dan daftar akaun di situ. BuzzFork adalah cara yang mudah dan efektif untuk mendapatkan pengikut Twitter yang anda sasarkan. Pilih kata kunci, orang, atau hashtags yang anda mahu sasar, dan kemudian secara automatik BuzzFork akan favourite tweet yang ada kena mengena di dalam parameter anda tetapkan. Tweet favourite akan muncul pada timeline kebanyakan pengguna twitter secara rawak, dan kebanyakan dari mereka akan follow twitter anda jika suka apa yang anda tweet.

Langkah kedua - Lawati Google Alerts dan bina suapan (feed) daripada kata kunci yang anda inginkan (sama seperti yang anda tetapkan di Buzzfork). Tetapkan agar semua kandungan dihantar ke suapan anda di situ. Sekarang anda mempunyai alamat suapan RSS untuk bacaan pengikut twitter anda.

Langkah ketiga - Tweetganic adalah alat yang bagus yang menambah pop-up apabila tweet anda dklik. Tetapkan call-in-action untuk langganan ke senarai kandungan anda. Sekarang, setiap kali tweet anda diklik, satu tetingkap akan muncul menunjukkan pautan ke laman blog anda dan juga pilihan untuk melanggan kandungan yang anda tweet tadi. Tips – sambung tetapan ini dengan akaun MailChimp anda.

Langkah keempat - Lawat Twitterfeed. Alat ini lah yang akan terbitkan tweet dari akaun suapan Google Alerts RSS anda tadi secara automatik. Masukkan url suapan anda di tetapan ini. Atau anda juga boleh gunakan mana-mana suapan url yang anda suka.

Hasil

1. Tweet anda lebih menarik banyak pembaca

2. Twitter anda dikemaskini dengan  sendirinya dengan maklumat yang relevan (kaitan kata kunci) dan menghubungkan pembaca dengan artikel penuh

3. Setiap pautan yang diklik akan menukar pembaca tweet kepada pengunjung blog anda

Cara kotor: Buat puluhan akaun twitter automatik untuk mengumpul ratusan e-mel sebenar dari laman web dan simpan ke senarai dalam akaun MailChimp anda. Shhh..tak gentlemen lah cara ni.

p/s : Follow lah akaun Twitter aku >> @azlanvai

241 total views, 2 views today

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge