Tips penulisan yang menggoda

Anda sudah bekerja keras dan bersungguh-sungguh

Semua tips terbaik sudah pun anda laksanakan di blog. Entri yang anda taip digilap sebaik mungkin. Satu artikel 10 kali anda review sebelum tekan butang ‘PUBLISH’. Otak dikerah sampai berpeluh dahi untuk menghasilkan heading yang sempurna.

Tetapi bukan itu saja.

Artikel sudah anda promosikan di Facebook dan Twitter. Anda bina senarai e-mel. Anda mengintai blog-blog ternama dan cuba menjadi penulis tamu. Setiap enri anda di-ping. Segala taktik dan teknik SEO sudah pun dipenuhi.

Tetapi entah bagaimana anda berasa usaha anda masih tidak berbaloi.

Anda mahukan lebih banyak perkongsian, lebih komen, dan semangat yang lebih dari pengunjung blog anda.

Tetapi anda tidak mendapat sambutan yang diimpikan.

Ianya sangat mengecewakan. Blog anda masih lagi tidak semeriah blog orang lain.

kekeringan idea

Kerana usaha anda cukup lengkap dan ini membuatkan anda buntu.

Tidak adakah cara yang lebih bijak? Satu cara untuk benar-benar melibatkan pengunjung yang sedia ada dan bukannya terus berjuang untuk menarik pembaca baru? Cara untuk menarik mereka agar lebih kerap meninggalkan komen? Dan menggoda mereka agar kongsikan artikel anda?

Ya, terdapat satu teknik. Dan ia semua bergantung kepada taktik ini :

Pembaca tidak perlu dikejar, biarkan mereka sendiri yang tergoda dan datang kepada anda. (Klik untuk tweet)

Betul. Anda perlu ada teknik goda pegunjung blog anda pada setiap tajuk, setiap perenggan dan setiap ayat.

Buat kandungan anda menjadi sangat menarik dan membuatkan pembaca anda mengidamkan untuk membaca artikel seterusnya.

Bagaimana? Ia lebih mudah daripada yang anda sangka.

Jika anda menggunakan tips berikut untuk menjadi pakar dalam seni godaan, pembaca anda akan ketagih pada setiap penulisan yang anda taip. Mereka tidak akan sekadar membaca artikel anda, mereka akan merayu supaya anda terus menulis.

Sedia? Begini caranya

1. Jadikan artikel sebagai medium interaksi

Ingatkah anda suasananya apabila berbual dengan teman rapat?

Ketawa bersama, menangis bersama. Sebagai blogger, anda juga boleh mencipta suasana demikian. Untuk melibatkan diri dengan pengunjung, anda perlu lakukanya dengan berbual dengan mereka.

Dah macamana pulak nak berbual dengan visitor tu Azlan oi? Guna Skype ke? Tidak, mudah sahaja. Gunakan perkataan ganti nama yang sesuai dan wujudkan soalan dalam artikel anda. Sebab itulah dalam artikel saya sebelum ini ada ganti nama aku –  korang – anda – saya. Bergantung kepada kesesuaian dan isi artikel itu sendiri.

Sedarkah anda ini adalah soalan ke-berapa yang saya ajukan kepada anda. Inilah cara saya berinteraksi dengan anda. Melalui teks yang ditaip di dalam artikel itu sendiri.

Dengan bertanya soalan yang mudah – contohnya siapakah selebriti kegemaran anda? – Membuatkan pembaca berhenti seketika, memberi perhatian, dan mencari jawapan seterusnya. Dan tanpa disedari mereka secara mengiakan soalan yang anda tanyakan, dan mereka lebih cenderung untuk terus membaca.

Lazada Malaysia

Sebaik sahaja anda jadikan artikel sebagai medium perbualan, anda akan dapati komen yang ditinggalkan pengunjung semakin meningkat. Wujudkan keserasian. Ini adalah kerana pengunjung merasa ibarat dijemput meminum secawan kopi Starbucks di blog anda. ;)

2. Baca fikiran pembaca

Untuk interaksi yang berkesan, anda perlu turut serta dengan perbualan yang sedia ada dalam akal fikiran pembaca. Dan cara yang terbaik adalah dengan menggunakan ungkapan yang sama dengan mereka.

Elakkan menarik perhatian pembaca dengan perbendaharaan kata anda yang luas dan kompleks itu. Gunakan perkataan yang mudah. Kurangkan ‘slang’. Jadikan interaksi itu sendiri sebagai perbualan dari hati ke hati.

Contohnya pada perenggan pembukaan artikel ini, saya berkongsi kekecewaan anda dalam usaha blogging dan perasaan apabila usaha yang dilakukan seperti tidak berbaloi.

Apabila anda serasi dengan fikiran pembaca, ianya membuatkan mereka berasa anda menyeiakan artikel itu khusus dan istimewa untuknya seorang sahaja.

3. Selesakan pembaca

Pakar-pakar blog sering berpesan untuk membina authority. 

Tetapi authority mengingatkan saya kepada professor tua dan buku teks sekolah yang membosankan. Skema sangat lah.

Apabila terlalu menekankan pengetahuan yang anda tahu dalam sesuatu artikel, ianya membuatkan pembaca anda merasa terlalu amatur. Anda menjarakkan jurang antara anda dengan pembaca dan kelihatan seperti menunjuk-nunjuk. Tunjuk rasa rendah diri.  Siapa yang rasa selesa dengan orang berlagak kan.

4. Keluar dari jangkaan

Apabila anda terlalu mengikut formula, anda akan jadi mudah diramal. Maka pembaca akan mudah merasa bosan.

Wujudkan variasi. Beranikan diri bertukar kepada theme yang baru. Buat artikel yang segarkan minda. Berhenti tulis perkara yang sama dan berulang-ulang.

Kerapkan bereksperimentasi dengan blog anda. Tak rugi. Katakan sesuatu yang semua orang fikir, tetapi tak cukup berani nak tulis.

5. Beritahu cerita menarik

Ingatkan tentang teman rapat dan rakan sekerja kegemaran anda. Apa yang seronok sangat bila berbual dengan mereka?

Jawapannya ialah cerita-cerita yang anda kongsikan. Jika blog anda hanya membincangkan topik kepakaran anda, anda menunjukkan diri anda sebagai seorang pakar satu dimensi sahaja. Interaksi itu tidak akan berkembang. Jadi apabila berkongsi cerita tentang hobi atau sedikit kehidupan peribadi anda, personaliti anda tampak lebih menarik.

6. Sense of Humor

Siapakah pelawak kegemaran anda dalam rancangan Maharaja Lawak Mega kali ni?

Sudah tentu peserta yang paling kelakar bagi anda kan. Zaman sekarang zaman manusia perlukan gelak tawa setiap hari. Keriangan dapat menceriakan hidup.

Begitu juga dengan blog anda. Janganlah menulis terlalu serius hingga pembaca pun gerun dengan anda. Selitkan kata-kata yang lawak agar pembaca tersenyum membaca artikel tulisan kita. Pastinya mereka akan datang lagi melawat blog anda.

Rahsia dalam memikat pengunjung blog

Blogging tidak hanya dengan mengklik butang ‘PUBLISH’.

Blogging bukan hubungan satu hala. Terdapat banyak lagi tips menggoda pembaca namun tidak dapat senaraikan di sini kerana tak mahu artikel ini jadi terlalu panjang. Artikel panjang, masa yang diperlukan pengunjung juga lama. Jadi jemu pula nanti.

Dalam interaksi dengan pembaca, jadilah pendengar yang baik. Kenali siapa pembaca anda. Fahami kesukaran mereka. Selami hati dan jiwa. Hulurkan bantuan dalam mengatasi keraguan dan kebimbangan mereka.

Layan pengunjung blog anda sebagaimana anda melayan teman baik anda. Pikat, goda dan tawan  mereka.

Write less. Read more.
Talk less. Listen more.

 Credit to Henneke Duistermaat from her article in Boostblogtraffic

1,160 total views, 9 views today

Comments

  1. says

    Two ways communications.. Dah duk ada orang komen, mungkin ada soalan kita perlu jawab.. Cuba buat satu kelainanlah.. Cuma susah sikit update pakai phone.. Banyak sangat limitation, nak edit pic, nak semak pun tak berapa senang..

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam