Tips untuk pemakai cermin mata

Orang yang memakai cermin mata selalunya menghadapi masalah yang tidak dihadapi mereka yang memiliki penglihatan sempurna. Contohnya masalah cermin berkabus, berminyak dan penglihatan yang kabur apabila sedang mandi.

Walaupun cermin mata mempunyai manfaat tetapi ia juga boleh menjadi beban kepada kehidupan harian si pemakainya.

Ya, memang leceh..

Dengan penjagaan yang baik, hayat cermin mata juga mampu bertahan lama. Jadi taklah asyik tukar cermin mata baru saja.

Mujur, terdapat beberapa tips dan petua untuk meminimumkan masalah-masalah ini..

Jom kita baca tips sempoi yang boleh membantu mereka yang bermata empat:

1. Tampal pelekat ‘glow in the dark’ pada bekas cermin mata korang bagi memudahkan mencarinya di dalam gelap

glow in the dark

2. Ubah suai fon kepala dengan lapisan span agar tidak terlalu ketat dan lebih selesa

headphone

3. Lilitkan getah pada botol syampu agar dapat membezakan dengan bahan mandian yang lain. Nanti tersilap guna sabun pulak kat rambut

Shampoo_Bottle

4. Kain microfiber adalah fabrik terbaik untuk memngelap cermin mata. Pastikan mereka ada di mana-mana, dan basuh dengan kerap

micro-fiber-cleaning-cloth

5. Kaca mata jenis ini mungkin nampak selekeh.. Tapi ianya murah dan boleh dipakai bersama cermin mata anda. Sesuai untuk aktiviti luar seperti di pantai dan bila korang tak mampu beli sunglasses Ray Ban original..

wrap_around-sunglasses

6. Laraskan pad hidung dengan meletakkan cermin mata korang di atas permukaan yang rata supaya anda boleh melihat keselariannya antara satu sama lain.

nosepads

7. Cermin mata korang hilang dan sukar dicari? Bagi mereka yang rabun dekat boleh menggunakan kamera telefon untuk melihat dengan lebih jelas.

blur

8. Korang boleh melihat tanpa cermin mata dengan bantuan jari.. Tonton video di bawah dan cuba sendiri.. Heheh

9. Gunakan cecair pencuci pinggan mangkuk untuk mencuci cermin mata korang. Elak dari menggunakan pencuci yang mengandungi alkohol, cuka, ammonia dan peluntur. Mereka boleh menghakis lapisan coating cermin mata anda.

Dishsoap

10. Elakkan menanggalkan kaca mata dengan menggunakan sebelah tangan. Ia mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar ataupun patah. Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa

629px-Wear-Your-Glasses-Step-1

150 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

Protected by WP Anti Spam